CNN

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Cable News Network
Time Warner Company
Cnn.svg
Jenis Rangkaian televisyen kabel
Penjenamaan CNN
Ketersediaan Amerika Syarikat, Kanada, seluruh dunia (melalui CNN International), dalam talian (melalui CNN Pipeline), radio (laporan berita dikemaskini sekali setengah jam)
Slogan "The Most Trusted Name in News"
Ibu pejabat

Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat

country = Amerika Syarikat, Kanada
Pemilik Turner Broadcasting (Time Warner)
Tokoh utama Reese Schonfeld
Jim Walton (Presiden, CNN Worldwide)
Jonathan Klein (Presiden, CNN/US)
Tarikh pelancaran 1 Jun 1980
Laman web
www.cnn.com

Cable News Network atau singkatannya CNN, ialah sebuah rangkaian televisyen kabel yang diasaskan pada 1980 oleh Ted Turner.[1][2] Rangkaian ini kini milik Time Warner dan merupakan satu bahagian Turner Broadcasting System. CNN memperkenalkan ide liputan berita televisyen 24 jam yang menyambut ulang tahun ke-25nya pada 1 Jun 2005.

Dari segi kiraan pemeringkatan Nielsen atau "penonton unik" kumulatif, CNN menjadi sumber berita kabel nombor satu di amerika Syarikat.[3] Sungguhpun rangkaian berita ini banyak anggota gabungannya, CNN bersiaran terutamanya dari ibu pejabatnya di CNN Center di Atlanta, Time Warner Center di bandaraya New York, serta studio-studio do Washington, DC. Seperti pada Disember 2004, rangakain ini terdapati dalam 88.2 juta rumahtangga A.S. dan lebih 890,000 bilik hotel negara itu. Siaran versi A.S. juga terdapat di Kanada. Di seluruh dunia, CNN bersiaran melalui CNN International dan mempunyai rangkaian dan khidmat berjenama bersepadu yang terdapat kepada lebih 1.5 bilion orang di lebih 212 negara dan wilayah.

Sesetengah pemerhati konservatif mendakwa bahawa CNN mengamalkan sikap berat sebelah media yang liberal. Para pengkritik seperti Accuracy in Media dan MRC, telah mengakui bahawa laporan CNN mengandungi penyuntingan liberal dalam kandungan berita.[4][5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]