COBOL

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

COBOL (COmmon Business Oriented Language) merupakan bahasa pengaturcaraan generasi ketiga. Ia dibina oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat tetapi di gunakan dalam bidang perniagaan, kewangan, dan pentadbiran untuk mana-mana syarikat dan untuk kerajaan.

Piawai COBOL 2000 kini memasukkan sokongan untuk pengaturcaraan berorientasikan objek dan ciri-ciri bahasa moden lain.

Antara kebaikan bahasa pengatucaraan ini ialah ia dapat digunakan oleh komputer yang berlainan jenis contohnya seperti Windows atau Macintosh dan banyak lagi. Ia mudah di baca dan mampu memproses fail-fail yang besar.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

COBOL dibina pada 1959 oleh satu badan yang dikenali sebagai The Short Range Committee di Pentagon pada 28 dan 29 Mei 1959. Idea untuk COBOL dipelopori oleh En Charles Phillips dari Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.

Jawatan kuasa ini disertai oleh 6 syarikat komputer pada masa itu iaitu Burroughs Corporation, IBM, Minneapolis-Honeywell (Honeywell Labs), RCA, Sperry Rand, dan Sylvania Electric Products dan 3 badan kerajaan iaitu Tentera Udara Amerika Syarikat, David Taylor Model Basin, dan National Bureau of Standards yang dikenali pada masa ini sebagai NIST.

Program "Indahnya Dunia"[sunting | sunting sumber]

       IDENTIFICATION DIVISION.
         Program-Id. Indah-Dunia.
      *
       ENVIRONMENT DIVISION.
      *
       DATA DIVISION.
      *
       PROCEDURE DIVISION.
       Para1.
           DISPLAY "Indahnya dunia!".
      *
           Stop Run.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Bahasa pengaturcaraan (senarai penuh, perbandingan, glosari)
ALGOL | APL | Ada | BASIC| C | C++ | C# | COBOL | Common Lisp | Eiffel | FORTH | Fortran | Haskell | Java | JavaScript | Jython | LISP | LOGO | Mesa | Modula-2 | Oberon | OCaml | Objective-C | Perl | PHP | Prolog | PL/I | Pascal | PostScript | Python | Ruby | Scheme | Smalltalk | SQL | Tcl | Visual Basic