COMPASS

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sistem COMPASS (juga dikenali sebagai Beidou-2, BD2) ialah suatu projek oleh China untuk membangunkan sistem pandu arah satelit sejagat sendiri.[1] Ia mula beroperasi dengan liputan China dan kawasan sekitarnya pada Disember 2011.[2] Ia dirancang untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan di rantau Asia-Pasifik menjelang akhir 2012 dan seluruh dunia pada 2020, menggunakan 35 satelit.[3]

COMPASS bukan merupakan tambahan kepada Beidou-1 yang dilancarkan sebelum ini, tetapi GNSS baharu serupa daripada segi prinsip dengan GPS, GLONASS dan Galileo. Sistem ini dirangka akan serasi dan saling boleh dikendalikan dengan sistem-sistem lain ini.[4]

Pelancaran satelit[sunting | sunting sumber]

Misi Tarikh[5] Nama Tapak pelancaran Kenderaan pelancar Bas Orbit
07-32 2007-04-13 Compass-M1 Xichang CZ-3C DFH-3 MEO ~21,500 km
07-37 2009-04-14 Compass-G2 Xichang CZ-3C DFH-3 GEO hanyut
07–38 2010-01-16 Compass-G1 Xichang CZ-3C DFH-3 GEO 144.5°E
07-39 2010-06-02 Compass-G3 Xichang CZ-3C DFH-3 GEO 84.0°E
07-40 2010-07-31 Compass-IGSO1 Xichang CZ-3A DFH-3 HEO ~36,000 km
07-43 2010-10-31 Compass-G4 Xichang CZ-3C DFH-3 GEO 160.0°E
07-45 2010-12-17 Compass-IGSO2 Xichang CZ-3A DFH-3 HEO ~36,000 km
07-46 2011-04-10 Compass-IGSO3 Xichang CZ-3A DFH-3 HEO ~36,000 km
07-49 2011-07-27 Compass-IGSO-4 Xichang CZ-3A DFH-3 HEO ~36,000 km
07-51 2011-12-01 Compass-IGSO-5 Xichang CZ-3A DFH-3 HEO ~36,000 km

Operasi[sunting | sunting sumber]

Pada Disember 2011, sistem ini mula beroperasi dalam mod percubaan.[6] Ia telah mula menyediakan data pandu arah, kedudukan dan pemasaan kepada China dan kawasan sekitarnya secara percuma mulai 27 Disember. Semasa tempoh percubaan ini, COMPASS menyediakan ketepatan kedudukan dalam jarak 25 meter, namun ini akan meningkat dengan pelancaran lebih banyak satelit. Apabila sistem ini dilancarkan secara rasmi tahun berikutnya, ia berjanji menyediakan maklumat kedudukan tepat sehingga 10 m, kelajuan sehingga 0.2 m/s dan isyarat penyelarasan jam sehingga 0.02 µs. Tentera China akan mendapat data yang lebih jitu.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "China Begins Broadcasts on Latest Compass GNSS GEO Satellite". Inside GNSS. 11 Jun 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-11. Dicapai pada 28 Disember 2011.
  2. ^ "New satellites to extend China's military reach". Reuters. 29 Disember 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-12-30. Dicapai pada 29 Disember 2011.
  3. ^ "Satelit Sistem Pandu Arah China Mula Beroperasi". mStar Online. 27 Disember 2011. Dicapai pada 30 Disember 2011.
  4. ^ a b "China GPS rival Beidou starts offering navigation data". BBC. 27 Disember 2011. Dicapai pada 29 Disember 2011.
  5. ^ Aleš Holub (30 Disember 2010). "MEK tělesa 2010". katalog tapak web (dalam bahasa Czech). Dicapai pada 1 Disember 2011. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)
  6. ^ "Satellite navigation system launched". China Daily. 28 Disember 2011. Dicapai pada 29 Disember 2011. Text "Industries" ignored (bantuan)