CUEPACS

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (singkatan CUEPACS daripada nama bahasa Inggeris iaitu Congress of Union of Employees in the Public And Civil Services) merupakan kesatuan sekerja yang membela nasib 1.2 juta pekerja sektor awam di Malaysia. Presidennya ialah Omar Osman.

Isu-isu[sunting | sunting sumber]

Pemalsuan cuti sakit[sunting | sunting sumber]

Pada 24 Mei 2010, Omar Osman mendedahkan 3 peratus daripada penjawat awam memalsukan sijil cuti sakit.[1] Jabatan Perkhidmatan Awam mengedarkan pekeliling yang memberikan amaran terhadap kegiatan pemalsuan sijil cuti sakit. Jika terbukti bersalah, penjawat awam boleh hilang wang persaraan, pinjaman perumahan dan beberapa kemudahan lain.

Dikatakan mungkin ada agen membekalkan sijil cuti sakit palsu yang menyamai sijil cuti sakit tulen dari pegawai perubatan kerajaan atau swasta.[2]

41 % penjawat awam rasuah[sunting | sunting sumber]

Pada 2 Jun 2010, seramai 418,200 atau 41 % daripada 1.2 juta penjawat awam Malaysia menerima rasuah. Omar Osman menyatakan Cuepacs akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengheret mereka kemuka pengadilan.Cuepacs sama sekali kaki tangan yang memalsukan sijil cuti sakit dan ponteng kerja. 1,000 hingga 2,000 penjawat awam didapati memalsukan sijil cuti sakit atau mengubah jumlah asal cuti sakit yang diberikan oleh doktor. Contohnya mengubah 1 hari kepada 11 hari.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]