Montserrat Caballé

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Caballé)

Maria de Montserrat Viviana Concepción Caballé i Folc, atau lebih dikenali sebagai Montserrat Caballé (lahir April 12 1933), ialah seorang penyanyi soprano opera berasal dari Sepanyol yang amat terkenal dengan teknik bel kanto dan penyampaian beliau dalam peranan-peranan opera hasil gubahan penggubah-penggubah seperti Gioacchino Rossini, Vincenzo Bellini dan Gaetano Donizetti.

Kehidupan awal dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Caballé dilahirkan di Barcelona, Sepanyol. Beliau menamatkan pengajian muzik di Liceu Conservatory di bawah seliaan Eugenia Kemmeny dengan cemerlang dan menerima anugerah emas. Beliau kemudianya menganggotai Basel Opera pada tahun 1956. Pada 1957, beliau diberi peluang membuat penampilan opera profesionalnya yang pertamanya memegang pernan Mimì dalam La bohème. Untuk sesi 1960–61, beliau mengikat kontrak dengan Bremen Opera. Di sinilah Caballé meningkatkan teknik-teknik asas yang menyumbang kepada repertoir beliau. Pada tahun 1962, Caballé kembali ke Barcelona dan membuat persembahan debut di Liceu untuk peranan utama opera gubahan Richard Strauss berjudul Arabella.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Walaupun beliau amat terkenal dengan peranan-peranan bel kanto , Caballé juga menyanyikan lain-lain peranan opera. Beliau mempunyai lebih dari 80 repertoir merangkumi dari muzik era barok hingga kepada Verdi, Wagner, Puccini, dan Richard Strauss. Selain dari nyanyian opera, Caballé juga adalah seorang resitalis terkenal terutamanya di dalam menyanyikan lagu-lagu negara beliau, Sepanyol.

Caballé mempunyai suara yang dikatakan penuh keaslian, berkuasa dan senang dilentur. Walaupun begitu, bakat lakonan beliau yang dramatik kurang dikagumi ramai berbanding dengan suara beliau yang mengkagumkan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]