Cabidela

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pato de cabidela di Makau

Cabidela atau arroz de cabidela (nasi Cabidela) adalah suatu hidangan Portugis yang diperbuat daripada ayam atau arnab. Selepas ayam atau arnab disembelih, ia akan digantung secara terbalik, supaya darah dapat ditadah ketika ia mengalir keluar. Nasi kemudian dimasak bersama dengan daging dan darah haiwan itu, yang menjadikan warna masakan kelabu perang pada hidangan.

Kelainan[sunting | sunting sumber]

Di bekas tanah jajahan Portugis Makau, suatu hidangan mirip diperbuat dengan itik (pato de cabidela) adalah salah satu dari hidangan termasyhur dalam masakan Makau.

Di Brazil, hidangan ini secara khas diperbuat dengan ayam (oleh itu digelar galinha de cabidela), dan dianggap suatu hidangan kebiasaan bandar Recife.

Di India, Cabidela Daging babi adalah masyhur di kalangan komuniti Katolik Goa di Goa, dan komuniti Katolik Mangalore dari Mangalore dan bekas daerah South Canara.