Cabildo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Cabildo [ka-bil-do] merupakan istilah bahasa Sepanyol merujuk kepada majlis perbandaran iaitu institusi pentadbiran yang telah lama wujud di koloni-koloni jajahan Empayar Sepanyol (seperti di Buenos Aires) sejak abad ke-16 lagi. Institusi ini mengamalkan sistem aristokratik di mana hanya para bangsawan sahaja yang boleh menyertainya. Ia mempunyai kuasa yang agak terhad tetapi di Argentina hanya institusi ini sahaja yang berpengalaman dalam hal-hal pentadbiran kerajaan tempatan. Selain cabildo, terdapat pula cabildo terbuka iaitu sejenis perjumpaan yang lebih besar melibatkan para bangsawan dan juga orang-orang ternama dan berharta (men of substance). Cabildo terbuka di Buenos Aires merupakan institusi utama yang berusaha ke arah kemerdekaan negara ini.

Selain Argentina, cabildo wujud di negara-negara lain yang dipengaruhi oleh Sepanyol. Di Amerika Syarikat misalnya cabildo wujud di wilayah Louisiana yang pernah dijajahi Sepanyol. Malah tempat perjumpaan mereka dipanggil the Cabildo yang terletak di New Orleans — bangunan bersejarah ini terkenal kerana Pembelian Louisiana Louisiana Purchase telah dimeterai di sini.