Cacing pita

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Cacing pita
200px
Skoleks ("kepala") Taenia solium
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Platyhelminthes
Kelas: Cestoda

Cacing pita (bahasa Inggeris:tapeworm) ialah cacing pipih parasit dalam kelas Cestoda (Cestoidea), dalam filum Platyhelminthes. Ahlinya hidup di dalam saluran pencernaan vertebrat sebagai dewasa, dan selalu di dalam badan pelbagai haiwan sebagai juvenil. Lebih seribu spesies telah dikenalpasti, dan semua spesies vertebrat dapat dijangkiti oleh sekurang-kurangnya satu spesies cacing pita. Beberapa spesies menjangkiti manusia jika makan daging mentah seperti daging khinzir (T. solium), daging lembu (T. saginata), ikan (Diphyllobothrium spp.), jika makanan disediakan dalam keadaan tidak bersih (Hymenolepis spp. atau Echinococcus spp.).

T. saginata, cacing pita daging lembu, dapat membesar sehingga 12 m (40 kaki); spesies lain dapat membesar sehingga melebihi 30 m (100 kaki).[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "The Persistent Parasites". Time Magazine (Time Inc). 1957-04-08. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]