Cacing reben

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Cacing reben
Parborlasia corrugatus dari Laut Ross
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Superfilum: Lophotrochozoa
Filum: Nemertea
Sinonim [1]

Nemertini, Nemertinea, Rhyncocoela

Nemertea ialah filum haiwan invertebrat, juga dikenali sebagai cacing reben atau cacing probosis.[2] Nama lin untuk filum termasuklah Nemertini, Nemertinea dan Rhynchocoela.[1] Walaupun kebanyakannya kurang daripada 20 sentimeter (7.9 in) panjang, satu spesimen telah dianggarkan 54 meter (177 ka), yang menjadikannya haiwan terpanjang pernah dijumpai[3] Kebanyakannya sangat langsing, biasanya hanya beberapa milimeter lebar, walaupun terdapat yang pendek, tapi berbadan lebar. Kebanyakannya terdapat corak berwarna kuning, jingga, merah dan hijau.

Terdapat 1,149 spesies Cacing reben wujud di seluruh dunia.Walaupun Cacing reben mempunyai tubuh yang kelihatan dari luarannya seperti bergelang, sebenarnya tubuh Cacing reben tidak mempunyai segmen.

Cacing reben merupakan haiwan pemangsa. Cacing reben biasanya terdapat di kawasan karang dan serpihan berbatu. Ketika memburu, Cacing reben akan mengeluarkan satu tiub panjang dari mulutnya dan menyuntikkan racun kepada tubuh mangsanya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Scott, Thomas (1996). "Nemertini, Rhynchocoela, Nemertea, Nemertinea". Concise Encyclopedia of Biology. Walter de Gruyter. m/s. 815–816. ISBN 9783110106619. 
  2. Nemertea (TSN 57411). Sistem Maklumat Taksonomi Bersepadu. Diperolehi pada February 18, 2011.
  3. Ruppert, E.E., Fox, R.S., and Barnes, R.D. (2004). "Nemertea". Invertebrate Zoology (edisi 7). Brooks / Cole. m/s. 271–274. ISBN 0030259827.