Cakera Nipkow

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Cakera Nipkow (atau Nipkov), juga dikenali sebagai cakera pengimbas, ialah sejenis peranti pengimbas imej mekanik yang beroperasi secara geometri ciptaan Paul Gottlieb Nipkow. Cakera pengimbas ini merupakan komponen asas dalam televisyen mekanik yang digunakan pada 1920-an.

Am[sunting | sunting sumber]

Rajah skema ini m,menunjukkan runut bulat yang dikesan oleh lubang yang berbentuk segi empat agar lebih persis.

Cakera Nipkov tidak lebih daripada sejenis cakera berputar mekanik yang dibuat daripada bahan yang sesuai (logam, plastik, kadbod, dsb.), dengan sesiri lubang bulat sama diameter yang dijarakkan sama rata.

Lubang-lubang ini disusun agar membentuk satu lingkaran lilitan tunggal yang bermula dari jejari luar cakera hingga ke pusat cakera, lebih kurang seperti piring hitam. Apabila cakera berputar, lubang-luabng tersebut mengesan permukaan gelang bulat yang diameter dalaman dan luarannya bergantung pada kedudukan setiap lubang pada cakera dan ketebalan yang bersamaan diameter setiap lubang. Permukaan ini adakalanya bertindan sedikit, bergantung pada binaan cakera.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]