Cantuman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pokok epal yang mempunyai kesan cantuman 'V'.

Cantuman ialah teknik hortikultur dengan kaedah mencantumkan tisu tumbuhan yang dimasukkan pada tumbuhan yang lain supaya dua set tisu vaskular itu bercantum. Cantuman vaskular tersebut disebut inoskulasi. Teknik ini paling kerap digunakan dalam pembiakan tampang untuk tumbuhan komersil bagi dagangan hortikultur dan pertanian.

Untuk kebanyakan kes, satu tumbuhan dipilih untuk akarnya dan ia dipanggil pokok penanti. Tumbuhan yang lain pula dipilih untuk batang, daun, bunga atau buah dan ia dipanggil sion. Sion mengandungi gen yang dikehendaki untuk duplikasi bagi pembiakan oleh pokok penanti.

Rujukan[sunting | sunting sumber]