Carausius

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Carausius
Emperor of the Britannic Empire
Antoninianus Carausius leg4-RIC 0069v.jpg
Carausius coin from Londinium mint. On the reverse, the lion, symbol of Legio IIII Flavia Felix.
Pemerintahan 286 - 293
Nama penuh Marcus Aurelius Mausaeus Carausius
Pendahulu None
Pengganti Allectus

Marcus Aurelius Mausaeus Carausius (meninggal dunia 293) adalah seorang komander tentera Empayar Rom pada abad ke-3. Dia seorang Menapian dari Belgic Gaul , yang merampas kuasa pada 286 dan mengisytihar dirinya sebagai maharaja di Britain dan utara Gaul . Dia merampas kuasa 13 tahun selepas Empayar Gaul dari Batavia Postumus berakhir pada 273. Dia berkuasa selama tujuh tahun, sebelum dibunuh oleh menteri kewangan Allectus.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Carausius adalah seorang lelaki Menapian dan menyertai pemberontak di utara Gaul pada 286. Dia dilantik sebagai koman der tentera di kawasan Britannica Classis ,berhampiran Selat Inggeris. Dia disyaki menyimpan harta karun untuk dirinya sendiri.

Carausius melahirkan rasa tidak puas hati lalu mengeluarkan wang syiling dengan gambarnya sendiri. Dia mengeluarkan syiling perak untuk Empayar Rom dan tampak lebih berjaya daripada Diokletianus mahupun Maximianus. Sebahagian mata wang yang telah dijumpai telah dipamerkan di Muzium Inggeris .

Penemuan mata wang[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Julai 2010, pemburu harta karun, Dave Crisp telah menemui 52,500 keping duit syiling lama Empayar Rom bernilai AS$5 juta (RM16juta), termasuk beratus-ratus syiling memaparkan wajah Marcus Aurelius Carausius, yang melakukan rampasan kuasa di British dan Perancis Utara pada akhir abad ke-3 serta mengisytiharkan dirinya maharaja.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]