CariDee English

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
CariDee English
CariDee English
Nama kelahiran CariDee English
Tarikh lahir 22 Mei 1985
Tempat lahir Fargo, North Dakota
Warna rambut Perang muda
Warna mata Hijau
Tinggi 5 ft 11 in (1.8 m)[1]
Ukuran 32B-24-36(AS); 83-62-91(EU)
Saiz baju (AS) 6
Saiz kasut
Agensi Elite Model Management
Nama gelaran Cari
Suami

CariDee English (dilahirkan 22 Mei 1985 di Fargo, North Dakota) adalah seorang model fesyen Amerika Syarikat dan personaliti TV yang berketurunan Sweden dan Norway. Pada Disember 2006 beliau telah dinobatkan juara Musim 7 bagi America's Next Top Model. Hadiah yang telah dimenangi beliau adalah berupa kontrak $100,000 dengan CoverGirl Cosmetics, kontrak permodelan bersama Elite Models Management, dan liputan fesyen sebanyak 6 muka surat dan muka depan majalah Seventeen. Beliau adalah pemenang yang kedua ANTM yang berasal dari North Dakota, selepas Nicole Linkletter yang memenanginya pada musim kelima.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau telah dinamakan oleh abangnya sendiri, nama "carrie" diambil dari salah satu watak dalam sebuah drama televisyen, Little House On The Prairie dan juga nama "dee" diambil sempena nama neneknya.

CariDee menyatakan semasa pertandingan bahawa beliau bekerja sebagai jurugambar sebelum menyertai America's Next Top Model. Beliau telah menderita sakit psoriasis unutk 15 tahun dan beliau merasakan impiannya untuk menjadi model akan musnah. Walau bagaimanapun, doktornya telah mencadangkan supaya CariDee Mengambil Raptiva, iaitu sejenis dadah yang disuntik oleh CariDee pada setiap minggu bagi mengawal sakit kulitnya itu.

CariDee telah disenaraikan dalam Academie Agency sebagai model mereka di North Dakota sejak 2001. Beliau telah menghadiri Millie Lewis Actors Models dan Talent Competition pada tahun 2002 dan telah ditempatkan oleh Mega Models untuk musim panas 2003 dan pulan ke Fargo pada penghujung musim panas.

Dalam Top Model[sunting | sunting sumber]

Sebagai pemenang cabaran lakonan di Musim 7, CariDee telah diberi peluang untuk menjadi pelakon undangan di dalam satu episod bagi sebuah rancangan TV yang hit di CW One Tree Hill. Caridee muncul dalam dua babak drama terbabit, selalunya sebelum ini pemenang cabaran lakonan hanya mendapat satu babak. Juga, dalam episod yang sama, beliau telah menyatakan beliau mengalami gangguan emosi semasa cabaran lakonan, dan beliau tahu akan tekanan yang dihadapi dan memutuskan untuk membunuh dirinya sahaja kerana cabaran tersebut.

Beliau telah dikritik hebat kerana telah membuat lawak yang menghina kepada jurugambar fesyen ANTM, Nigel Barker semasa sesi penggambaraan yang bertemakan bullfighting di Barcelona. Situasi itu terjadi apabila CariDee bertanya kepada Nigel "Did you just remove that from your ass from the last panel?" yang merujuk kepada tongkat yang sedang dipegang oleh Nigel ketika itu. Walau bagaimanapun, Caridee menyatakan itu hanya "sekadar gurauan "kepadanya dan tidak pernah merasa marah. Dalam panel, beliau telah mengeluarkan satu nota dan meminta maaf terhadap Nigel atas kesalahannya. Apabila beliau mengambil bahagian dalam sesi penggambaraan "Water Nymphs", beliau telah menghidap hipotermia, satu simptom akibat terapung di dalam air yang sejuk untuk satu tempoh yang lama; Caridee telah mendapat tahu ianya berpunca dari kesan penggunaan raptiva, yang dimana melibatkan penurunan sistem ketahanan badannya.

Beliau mencipta sedikit kontorversi di sini semasa dalam rancangan ini. Ini kerana beliau telah bercakap dengan teman lelakinya di telefon pada satu episod. Apabila semua peserta pergi ke Barcelona, beliau dengan berahinya telah mengucup salah satu model lelaki yang sedang bekerja dengan mereka. CariDee telah ditemubual akan perkara itu berkata pada masa itu, beliau dan kekasihnya telah mencari pasangan masing-masing, dan telah kembali semula sejak itu.

Semasa dalam pertandingan ini, para hakim telah menjumpai pelbagai kontroversi akan personalitinya, di mana sifat beliau telah dinyatakan di sini sebagai lebih aktif dan menyerlah dari peserta yang lain. Caridee dikatakan mempunyai persamaan dengan Rebecca Romijn dan Karolína Kurková. Pada awal musim pertandingan ini, personaliti beliau sering dirasakan bebas dan suka berseronok, ianya jelas ditunjukkan apabila para juri telah memberikannya cabaran untuk membuat aksi "hiding dizzily"(pening bersembunyi) semasa cabaran di panel. Selepas itu, walau bagaimanapun, para juri mula melahirkan rasa risau kerana Caridee adakalanya terlalu melampaui batas. Oleh itu, para juri berasa kurang berkeyakinan sama ada beliau ialah insan yang mereka mahukan untuk mewakili "Top Model", dinyatakan pada penghujung musim rancangan ini bahawa beliau adakalanya sukar untuk diramal dan tidak stabil.

Pada awal tahun 2008, CariDee telah diundi sebagai salah satu peserta yang paling diingati di AOL Entertainment Canada. Dikurniakan dengan badan yang sempurna dan kecantikan klasik, beliau berkata beliau ialah peserta pertama yang semua orang tahu akan memenangi pertandingan ini sejak episod pertama lagi.

Saya menang, saya telah melakukanya, saya adalah model CoverGirl, Saya akam menjadi penghias kulit depan bagi majalah Seventeen -- Saya sungguh teruja, impian saya sentiasa dan sentiasa untuk menjadi model... dan mendapat psoriasis sentiasa membantutkan usaha saya, saya America's Next Top Model baby, yeah!

Selepas Top Model[sunting | sunting sumber]

Modeling[sunting | sunting sumber]

Beliau telah muncul dalam segmen "My Life as a CoverGirl" selama seminggu di The CW. Pada tahun 2007, beliau telah beraksi bagi CoverGirl Eye-wear bersama dengan pemenang musim 6 Dani Evans[2] Beliau kembali pada ke ANTM pada penghujung musim kelapan untuk memberi nasihat bagi tiga perserta terakhir dan juga menjadi pembuka pentas peragaan finale. Hanya Caridee, Dani Evans, dan Jaslene Gonzalez sahaja yang diperbaharui kontrak mereka dengan CoverGirl.

CariDee telah menjadi penghias muka depan bagi majalah Social Life dan Cover bersama dengan "Top Model" yang terdahulu Naima Mora dan Dani Evans.Beliau juga memperaga untuk Wedding Style[2], JC Penney[2], Stephenson Denim[2], Johnny P. Shoes[2], American Salon[3], Bisou Bisou[4], Matrix Professional Colors in Cosmopolitan[3] dan kempen pakaian jenama the "Heart On My Sleeves" dari Aubrey O'Day of Danity Kane.[5]. beliau bermodel dalam musim sejuk tahun 2007 isu bagi Knit.1 Magazine[3], the February 2007 issue of Seventeen[6] [7], the March 2007 issue of In Touch[7], the Spring 2007 issue of Social Life[7], the April 2007 issue of Cover[7], on the cover of "Inked Magazine" for Fall 2007[3] dan Loops&Pluto[8].

Aksinya di pentas peragaan adalah termasuk J.C. Penney, Carlos Campos[9], Renee Larc, Jordi Scott[10], Jill Sander[11], Snoopy in Fashion[12], GM Style Auto Show[13], New York Fashion Week 2008[14], Honduras Fashion Week[15], L'Oréal Fashion Week in Toronto[16] and The Estate's New Year's Eve lingerie show[17].

Beliau juga terlibat dalam video MarkGirl sebagai jurusolek model[18] dan juga video Jane Fonda Mickey Avalon[19]

Pembabitannya di televisyen[sunting | sunting sumber]

CariDee telah membuat penampilan istimewa bagi One Tree Hill sebagai pemenang untuk cabaran lakonan di ANTM; beliau juga muncul dalam membawakan watak kecil dalam Gossip Girl.

Beliau juga adalah pengacara bersama bagi MTV's Scarred[20] dan telah ditugaskan untuk mengacara dan menerbitkan rancangan di MTV, yang di mana bermula penggambaraannya pada April 2009. [21]

Kerja amal[sunting | sunting sumber]

Beliau kini adalah jurucakap bagi National Psoriasis Foundation, oleh itu, CariDee telah menerangkan tentang langkah berjaga-jaga yang harus diambil tentang psoriasis dan memberi bantuan terhadap orang lain bagi mencari rawatan terhadap penyakit ini. CariDee berkata bahawa dia terasa dirinya telah terkena "sumpah" akibat psoriasis pada masa kecil kerana selalu dikutuk oleh rakan sekelasnya. Sekarang,"sumpah"nya adalah penyebab. "Langkah berjaga-jaga bagi Psoriasis adalah penting bagi saya. Saya mahu orang lain yang menghidap penyakit ini tahu bahawa mereka tidak keseorangan. Saya mahu memberi inspirasi kepada untuk hidup tenang dalam impian mereka," beliau berkata.

Beliau juga mengambil bahagian di dalam sebuah video terhadap pemburuan ikan [22]. Beliau juga muncul bagi pembukaan The Power of Paws, satu pertubuhan yang mempromosi haiwan sebagai salah satu program kesihatan[23].

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
2006 America's Next Top Model |CariDee Juara
One Tree Hill Tia 1 episod
2007 The Tyra Banks Show CariDee Guest
Gossip Girl Bart's date/Carissa 1 episode

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. [1] Tapak Elite Model Management. Dicapai 27 Januari 2009.
  2. 2.0 2.1 2.2 2.3 2.4 All ANTM - Print Work
  3. 3.0 3.1 3.2 3.3 All ANTM - Print Work
  4. http://img177.imagevenue.com/img.php?image=10493_l_63176aea97295fa27238b88c8e71c1b5_122_536lo.jpg
  5. Heart On My Sleeve
  6. All ANTM - Print Work
  7. 7.0 7.1 7.2 7.3 All ANTM - Print Work
  8. http://community.livejournal.com/topmodel/1846079.html
  9. http://www.rtvgames.com/showpost.php?p=226128&postcount=343
  10. http://www.rtvgames.com/showpost.php?p=237663&postcount=360
  11. http://www.rtvgames.com/showpost.php?p=193626&postcount=259
  12. http://community.livejournal.com/topmodel/1679549.html#cutid1
  13. http://community.livejournal.com/topmodel/1427910.html#cutid1
  14. http://en.wikinews.org/wiki/'Top_Model'_winner_CariDee_English_on_her_modeling_career_and_her_battle_with_psoriasis
  15. http://community.livejournal.com/topmodel/2266637.html#cutid1
  16. http://www.rtvgames.com/showpost.php?p=487370&postcount=669
  17. http://www.topmodelgossip.com/spend-new-years-eve-with-caridee-english/
  18. http://www.youtube.com/watch?v=-r4emZ6tlDM
  19. http://www.youtube.com/watch?v=7tjq3FdNDHM
  20. http://www.vitalmx.com/news/press-release/Scarred-Live-Takes-Over-MTV-on-Saturday-July-14th-at-2-PM-ETPT,1600
  21. America's Next Top Model 'Top Model' Favorites: Where Are They Now? | Photos | EW.com
  22. http://www.youtube.com/watch?v=hkX0hletPP4&eurl=http://www.topmodelgossip.com
  23. http://www.topmodelgossip.com/caridee-english-loves-the-power-of-paws/

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
Danielle Evans
Juara America's Next Top Model
Musim 7 (2006)
Diikuti oleh:
Jaslene Gonzalez