Carlos Marín

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Carlos Marín
Nama lahirCarlos Marín
GenrePop Opera
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif2004–2021
Syarikat rakaman
Sony BMG
Pengkarya berkait
Il Divo

Carlos Marín (lahir Oktober 13, 1968 - 19 Disember 2021) ialah seorang bariton Sepanyol yang ternama dan juga ahli kumpulan pop opera 4 penyanyi, Il Divo.

Dilahirkan di Rüsselsheim, Jerman tetapi dibesarkan di Madrid, Sepanyol, Carlos memulakan karier muzik semenjak muda lagi. Album sulungnya, The Little Caruso diterbitkan oleh Father Abraham pada usia lapan tahun memuatkan lagu-lagu seperti "O Sole Mio" and "Granada". Beliau menyanyikan lagu “Granada” di hadapan 700 penonton pada usia yang muda itu. Dua tahun kemudian, pada usia 10 tahun, beliau merakamkan album ke-2 nya yang berjudul Mijn Lieve Mama (My Dearest Mother). Karier awal di dalam arena muzik mendorong beliau untuk mempelajari alat-alat muzik seperti piano dan solfeo.

Ketika berusia 12 tahun, beliau berpindah ke Sepanyol. Dari usia 15 hingga 20`an, beliau telah memenangi beberapa pertandingan television seperti "Gente Joven" (Young People) dan "Nueva Gente" (New People) yang disiarkan di TVE (Television Sepanyol). Dalam ketika itu juga, beliau telah memulakan karier menyanyi di dalam rancangan television diiringi oleh muzik orkestra.

Selepas beberapa tahun di dalam arena muzik, Carlos diterima ramai sebagai sebagai penghibur muzik yang serba boleh dan menerima pujian dari ramai pengkritik muzik. Beliau juga berjaya menempah nama di dalam industri muzik dan mempersembahkan bakat beliau di dalam berberapa pertandingan seperti the "Jacinto Guerrero", "Francisco Alonso" dan "Julián Gayarre" dalam tahun 1996, di mana beliau telah memenangi tempat ke – 2 untuk kategori persembahan lelaki terbaik.

Bermula dari tahun 1993, beliau telah mempersembahkan banyak persembahan muzikal, antaranya memainkan peranan Marius dalam Les Misérables, kemudiannya The Beauty And The Beast (mendapat kecederaan yang mengakibatkan kaki kirinya patah), Grease (memainkan peranan Vince Fontaine) , El Diluvio Que Viene (The Coming Flood), dan menggantikan José Sacristán dalam persembahan Man From La Mancha. Beliau juga berlakon di dalam La Magia De Broadway (Broadway Magic) dan Peter Pan (teater dan CD). Di dalam persembahan muzikal ini, beliau juga berkongsi kerja dalam pengarahan muzik bersama Alberto Quintero.

Beliau juga menyanyi di dalam filem animasi Tim Burton, The Nightmare Before Christmas dan juga menyanyi untuk suara Prince di dalam filem Disney Sepanyol berjudul Cinderella, di terbitkan pada tahun 2000.

Carlos menpelajari kelas vokal di bawah tunjuk ajar Alfredo Kraus, Montserrat Caballé dan Jaume Aragall.

Bebarapa tahun kebelakangan ini , beliau telah diiktirafkan taraf primo baritono dalam beberapa opera termasuk La traviata, The Barber of Seville, La bohème, Lucia Di Lammermoor dan Madama Butterfly. Antara persembahan terbaik Carlos yang dirakamkan ialah sebagai Mercutio di dalam teater Campoamor (Oviedo) dan Don Giglio dalam La Capricciosa Corretta.

Carlos juga bergiat di dalam zarzuela (opera Sepanyol), antaranya mempersembahkan opera di "The Jardines De Sabatini" (Sabatini Gardens di Madrid), tempat pencinta muzik berkumpul ketika musim panas di perkarangan istana Madrid (Gardens of Madrid’s Royal Palace).

Persembahan Carlos di dalam opera Sepanyol boleh didapati di dalam bentuk DVD seperti La Gran Vía (The Great Way), La Revoltosa (The Rebellious), di mana beliau memainkan watak Fernando, dan di dalam La Verbena De La Paloma (The Pigeon’s Festival), memainkan watak Julián.

Beliau kemudiannya menganggotai Il Divo pada Disember 2003, bersama Urs Bühler (Switzerland), Sébastien Izambard (Perancis), dan David Miller (Amerika Syarikat). Sila pergi ke Il Divo untuk maklumat lanjut.