Carlsberg

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Carlsberg Group)

Nota: Bir Carling bukan bir yang dihasilkan oleh kilang bir Carlsberg.

Carlsberg
Nama asliCarlsberg Sunting ini di Wikidata
Dinamakan sempenaCarl Jacobsen Sunting ini di Wikidata
Jenis/bentuk sahAwam (OMX: CARL A, CARL B)
ISINDK0010181676
DK0010181759 Sunting ini di Wikidata
IndustriMinuman
Ditubuhkan1847
PengasasJ. C. Jacobsen Sunting ini di Wikidata
Ibu pejabatCopenhagen, Denmark
Tokoh pentingPovl Krogsgaard-Larsen (Pengerusi lembaga),
Nils S. Andersen (Presiden dan CEO)
KeluaranBir dan bir ringan
Hasil38,047 juta DKK (2005)
PemilikCarlsberg Foundation, BlackRock Sunting ini di Wikidata
Bilangan kakitangan30,000 (2005)
Anak syarikatKarlsberg Bulgaria AD, Holsten Brewery, Carlsberg Polska, Carlsberg Breweries, Carlsberg Ukraine, Olympic Brewery, Ringnes, Baltic Beverages Holding, Carlsberg Danmark Sunting ini di Wikidata
Tapak webhttp://www.carlsberg.com/
Twitter: carlsberggroup Instagram: carlsberg Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Carlsberg A/S
Bir aktif
Carlsberg Pilsner Pilsner
Carlsberg Light Pilsner
Carlsberg Red Pilsner
Carlsberg Sort Guld
Carlsberg Elefant
Carlsberg Master brew
Carls Special
Carls Dark
Carls Ale
Carls Hvede
Carls Lager
Carls Porter
Jacobsen Brown Ale
Jacobsen Dark Lager
Jacobsen Saaz Blonde
Semper Ardens Abbey Ale
Semper Ardens Criollo Stout
Semper Ardens First Gold I.P.A.
Semper Ardens Winter Rye
Bir bermusim
Carlsberg 47 Bir Krismas
Carls Jul Bir Krismas
Carls Påske Bir Easter
Semper Ardens Christmas Ale Bir Krismas
Bir-bir Carlsberg.

Carlsberg (IPA: [kʰɑɐlsbɐg]) ialah salah satu syarikat pengilangan bir yang terbesar di dunia, dan kini terdapat di kira-kira 50 buah negara. Ibu pejabatnya terletak di Valby, Copenhagen, Denmark. Jenama utama syarikat ini ialah Bir Carlsberg, tetapi ia juga membru Tuborg serta juga bir-bir tempatan. Syarikat Carlsberg diasaskan oleh J. C. Jacobsen pada tahun 1847, dan dinamai sempena nama anak lelakinya, Carl (Carl Jacobsen).

Selepas bergabung dengan Orkla ASA, kumpulan kilang bir Norway, pada Januari 2001, Carlsberg telah menjadi kumpulan kilang bir yang kelima terbesar di dunia dan kini menggaji sekitar 31,000 orang pekerja.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Carlsberg diasaskan oleh J. C. Jacobsen; kilang penapaian pertama disiapkan pada 10 November 1847. Eksport Bir Carlsberg bermula pada 1868; penapaian negara asing bermula pada 1968 dengan pembukaan kilang penapaian Carlsberg di Blantyre, Malawi. Sesetengah logo asal syarikat termasuk gajah (sempena sesetengah lagernya dinamakan) dan swastika. Kegunaan yang kedua dihentikan pada tahun 1930-an kerana kaitannya dengan parti politik di Jerman bersebelahan. Pengasas Carlsberg J. C. Jacobsen merupakan seorang philanthropist dan pengumpul seni yang tekun Dengan kekayaannya dia menghimpun koleksi seni yang mengkagumkan yang kini diletakkan di Ny Carlsberg Glyptotek di tengah Copenhagen.

Jacobsen menubuhkan makmal Carlsberg pada tahun 1875 yang menyelidik mengenai masalah saintifik berkaitan dengan penapaian. Ia bercirikan Jabatan Kimia dan Jabatan Physiologi. Spesies yis yang digunakan bagi menghasilkan lager pucat, Saccharomyces carlsbergensis, diasingkan dan dinamakan sempenanya. Konsep pH juga dibangunkan di situ termasuk kemajuan dalam kimia protein. Makmal itu merupakan sebahagian dari Yayasan Carlsberg sehingga tahun 1972 apabila ia dinamakan semula sebagai Pusat Penyelidikan Carlsberg dan dipindahkan ke kilang penapaian.

Kilang penapaian lama di Copenhagen dibuka bagi lawatan dan pelawat terkenal termasuk Winston Churchill dan Queen Elizabeth II.

Carlsberg mendapatkan kilang penapaian Tuborg pada tahun 1970 dan disatukan dengan bir Tetley pada tahun 1992.

Carlsberg memiliki satu kilang penapaian di Ashkelon, Israel yang memulakan pengeluaran pada tahun 1994 untuk Carlsberg dan Tuborg bagi penggunaan pasaran Israel tempatan.

Carlsberg memiliki dua kilang penapaian di China - Huizhou dan Shanghai. Ia pernah memiliki satu kilang penapaian di Hong Kong, tetapi telah ditutup pada tahun 1999 akibat kos yang tinggi. Kilang penapaian Carlsberg di Shanghai memulakan pengeluaran pada tahun 1998.