Carmen Miranda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Carmen Miranda
Daripada filem The Gang's All Here (1943)
Kelahiran
Maria do Carmo Miranda da Cunha

(1909-02-09)9 Februari 1909
Meninggal duniaOgos 5, 1955(1955-08-05) (umur 46)
WarganegaraPortugis
Nama lainThe Brazilian Bombshell
PasanganDave Sebastian (17 Mac 1947 - 5 Ogos 1955)

Carmen Miranda (9 Februari 1909 - 5 Ogos 1955) ialah penyanyi samba serta bintang filem berkebangsaan Brazil yang paling aktif pada dekad 1940-an. Beliau memainkan peranan yang penting dalam mensintesis, mendedahkan dan mempopularkan muzik samba.

Hidup dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Carmen Miranda dilahirkan di Marco de Canaveses, sebuah pekan Portugis di utara, sebagai anak perempuan yang kedua kepada José Maria Pinto Cunha (1887 - 1938) dan Maria Emília Miranda (1886 - 1971). Dinamai oleh bapanya sebagai Maria do Carmo Miranda da Cunha, Carmen menerima nama samarannya ini kerana bapanya menggemari opera Carmen yang diterbitkan oleh Georges Bizet.

Di Brazil[sunting | sunting sumber]

Tidak lama selepas kelahirannya, bapanya berhijrah ke Brazil dan menetap di Rio de Janeiro (ibu kota Brazil ketika itu) lalu membuka sebuah kedai gunting rambut. Pada tahun 1910, ibunya mengikut, bersama-sama dengan Olinda, anak perempuan sulung, dan Carmen. Carmen tidak lagi kembali ke Portugal. Di Brazil, ibu bapanya melahirkan lima anak lagi, iaitu Amaro (1911), Cecília (1913), Aurora (1915 - 2005) dan Oscar (1916).

Carmen menyertai sekolah Convent of Saint Therese of Lisieux. Ibu bapanya yang merupakan penganut Katolik yang warak tidak bersetuju dengan idaman Carmen untuk menyertai dunia hiburan. Oleh itu, Carmen merahsiakan idamannya dan seringnya bernyanyi dalam majlis dan perayaan di sekitar pekan apabila lapang. Kakaknya, Carmen, kemudian menghidap batuk kering dan kembali ke Portugal untuk menerima rawatan. Carmen mendapat kerjanya yang pertama di sebuah kedai tali leher ketika berumur 14 tahun untuk membantu membayar rawatan perubatan kakaknya. Beliau kemudian bekerja di butik La Femme Chic dan di sana, beliau belajar membuat topi. Tidak lama kemudian, Carmen memulakan perniagaan topi kecil-kecilan yang agak menguntungkan. Olinda berkekalan di Portugal sehingga kematiannya pada tahun 1931.

Carmen kemudian diperkenalkan oleh sebuah stesen radio tempatan dan mula bernyanyi di sana. Akhirnya, beliau mengikat kontrak rakaman dengan RCA. Kejayaan melahirkan kejayaan dan selepas mengejar kerjaya penyanyi sambanya selama 10 tahun, beliau dijemput ke New York City untuk membuat persembahan di Broadway. Menjelang tahun 1928, Carmen telah menjadi seorang bintang terunggul di Brazil. Sebagaimana dengan penyanyi popular yang lain pada zaman itu, Carmen akhirnya menyertai dunia filem dan muncul buat pertama kali dalam "A Voz Do Carnaval", sebuah filem dokumentar Brazil. Dua tahun kemudian, Carmen muncul dalam filem ceteranya yang pertama yang berjudul "Alo, Alo Brasil". Walaupun demikian, adalah filem "Estudantes" yang mengukir nama Carmen pada ingatan para penonton filem.

Di Brazil, Carmen terkenal sebagai orang yang membawa pembaharuan kepada muzik dan menjadi salah satu bintang samba terunggul yang pertama, jauh sebelum ketibaannya di Amerika Syarikat. Beliau juga berlakon dalam enam buah filem di Brazil.

Di Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

Carmen tiba di Amerika Syarikat pada tahun 1939 bersama-sama pancaragamnya, Bando da Lua, dan menjadi bintang yang terkenal pada awal dekad 1940-an. Dalam kerjayanya di Amerika Syarikat, beliau digalakkan oleh kerajaan Amerika Syarikat sebagai sebahagian Dasar Jiran Baik yang dianjurkan oleh Presiden Roosevelt dan yang bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antara Amerika Latin dengan Eropah. Carmen menjadi penghibur yang menerima bayaran yang tertinggi di Amerika Syarikat buat beberapa tahun pada dekad 1940-an dan pada tahun 1945, menjadi wanita yang menerima bayaran yang tertinggi di Amerika Syarikat, dengan pendapatan melebihi AS$200,000 untuk tahun tersebut, menurut rekod Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri Amerika Syarikat (IRS).

Carmen berlakon dalam 14 buah filem Hollywood antara tahun 1940 dan tahun 1953. Sebagai penyanyi, beliau menjual melebihi 10 juta keping rekod di seluruh dunia dan diberikan nama samaran, "The Brazilian Bombshell".

Imej Carmen di Hollywood bersifat kelatinan generik yang mengaburi perbezaan antara Brazil, Argentina, dan Mexico, serta antara samba, tango dan habanera. Digayakan dengan berhati-hati dalam pakaian yang bersemarak warnanya, Carmen seringnya memakai sandal platform dan topi tinggi yang diperbuat daripada buah-buahan. Oleh itu, beliau menjadi masyhur sebagai "wanita dengan topi tutti-frutti." Dengan hanya lima kaki (1.52m) tingginya, kelengkapan tersebut menjadikannya kelihatan lebih tinggi daripada yang sebenarnya pada layar.

Carmen menyedari ketegangan kerjayanya. Semasa melawat Brazil pada tahun 1940, beliau dikutuk kerana mengalah kepada komersilisme Amerika serta menonjolkan imej yang palsu tentang Brazil. Beliau membalas dengan lagu bahasa Portugis, "Disseram Que Voltei Americanizada," iaitu "They Say I've Come Back Americanized" (Mereka Mengatakan Bahawa Aku Kembali Dengan Diamerikakan). Lagi sebuah lagu, "Bananas Is My Business" (Pisang ialah Perniagaanku) berdasarkan satu ayat dalam salah satu filemnya yang merujuk secara langsung kepada imejnya. Carmen sangat bersusah hati kerana kritikan terhadapnya dan tidak kembali ke Brazil selama 14 tahun lagi.

Carmen tidak minum arak atau merokok sehingga lewat 30-an umurnya. Selain daripada ketagih minuman keras dan tembakau, Carmen biasanya menggunakan amfetamina dan barbiturat. Kesemua itu melemahkan jantungnya.

Keakhiran[sunting | sunting sumber]

"Scared Stiff" merupakan persembahan terakhir Carmen pada layar perak. Pada 4 Ogos 1955, Carmen beliau mengalaimi serangan sakit jantung, walaupun beliau tidak menyedarinya ketika itu semasa merakampitakan sebuah segmen untuk pertunjukan Jimmy Durante Show.

Episod Biography yang diterbitkan oleh A&E Network mengandungi bahagian filem kineskop yang tragik daripada kemunculan Carmen pada 4 Ogos. "The Brazilian Bombshell" meninggal dunia pada awal pagi hari keesokan ketika berumur 46 tahun.

Sebab rasmi diberikan dalam sijil kematian Carmen sebagai toksemia tidak dirawat (kemudian dikenali sebagai praeklampsia) serta gagal jantung yang diakibatkan oleh kehamilan. Mayatnya diterbangkan kembali ke Brazil dan dikebumikan di Cemitério São João Batista, Rio de Janeiro.[1] Perarakan jenazahnya ke perkuburan disertai oleh sekitar setengah juta orang,[2] dengan kerajaan Brazil mengisytiharkan suatu tempoh perkabungan negara.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ {http://www.findagrave.com/cgi-bin/fg.cgi?page=gr&GRid=1588 FindAGrave.comlink tentang tanah perkuburan Carmen Miranda]
  2. ^ Howard Johns. Palm Springs Confidential: Playground of the Stars, Barricade Books, Fort Lee, NJ (2004). ISBN-13: 9781569802977 ISBN 1569802971.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]