Caroline Graham

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Caroline Graham (lahir pada 17 Julai 1931 di Nuneaton) merupakan seorang ahli drama, penulis lakon layar, dan novelis Inggeris. Beliau mengikuti pembelajaran di Universiti Terbuka, dan menerima anugerah dalam penulisan teater dari Universiti Birmingham. Buku pertama diterbitkan adalah Fire Dance, sebuah novel percintaan. Beliau sangat terkenal sebagai penulis novel bersiri iaitu Ketua Inspektor Barnaby yang didramakan untuk siri televisyen sebagai Midsomer Murders. Novel Inspektor Barnaby pertamanya, The Killing at the Badger's Drift, diterbitkan pada tahun 1988, dan diiktiraf salah satu daripada 100 Novel Jenayah Paling Popular. Sejak itu beliau telah menulis lebih dari enam cerita, dengan novel terbaru A Ghost in the Machine (novel) diterbitkan pada tahun 2004. Lima novel pertama Inspektor Barnaby telah menghasilkan lima episod pertama dalam drama bersiri Midsomer Murders. Beliau juga menulis untuk Soap Opera, Crossroads, dan kini menetap di Suffolk.

Novel[sunting | sunting sumber]

  • Fire Dance, 1982
  • The Envy of the Stranger, 1984
  • Murder at Madingley Grange, 1990

Novel menampilkan Chief Inspector Barnaby

  • The Killings at Badger's Drift, 1987
  • Death of a Hollow Man, 1989
  • Death in Disguise, 1992
  • Written in Blood, 1994
  • Faithful unto Death, 1996
  • A Place of Safety, 1999
  • A Ghost in the Machine, 2004

Pautan luar[sunting | sunting sumber]