Carrefour

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Carrefour SA
Jenis Awam (Euronext: CA)
Industri Runcit
Ditubuhkan 1957
Ibu pejabat Paris, Caen (Promodès), Perancis
Perancang utama José Luis Duran
Hasil 74.497 bilion (2005)
Pendapatan operasi ? bilion (2005)
Pendapatan bersih 1.436 bilion (2005)
Pekerja 436,000 (2005)
Laman web www.carrefour.com

Carrefour SA (Euronext: CA) (IPA: /karfur/) ialah sebuah rangkaian pasar hiper yang ditubuhkan di Perancis, dengan serangkaian besar cawangan di seluruh dunia. Carrefour merupakan kumpulan peruncit kedua terbesar di dunia dari segi kutipan hasil dan jualan selepas Wal-Mart. Operasi Carrefour tertumpu di Kesatuan Eropah, Brazil, Argentina dan Colombia, tetapi kehadirannya juga terasa di Afrika Utara dan Asia. Carrefour dalam bahasa Perancis bermaksud "persimpangan" [1].

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Cawangan pertama Carrefour dibuka pada 3 Jun 1957, di kawasan pinggir bandar Annecy berdekatan satu persimpangan (carrefour dalam bahasa Perancis). Kini cawangan itu merupakan cawangan Carrefour terkecil di dunia. Kumpulan ini ditubuhkan oleh Marcel Fournier dan Denis Defforey yang mengembangkan syarikat mereka menjadi satu rangkaian besar. Pada tahun 1999 Carrefour bergabung dengan Promodès, salah sebuah pesaing terbesarnya dalam pasaran Perancis.

Fournier dan Defforey telah menghadiri sebilangan seminar di Amerika Syarikat yang dikendali oleh Bernardo Trujillo, tokoh yang turut mempengaruhi usahawan Perancis lain seperti Édouard Leclerc (E.Leclerc), Gérard Mulliez (Auchan), Paul Dubrule (Accor), dan Gérard Pélisson (Accor). Slogan mereka ialah "No parking, no business."

Kumpulan Carrefour mempelopori konsep pasar hiper, iaitu pasaraya besar dan gedung serbaneka di bawah sebumbung. Mereka membuka pasar hiper pertama pada 15 Jun 1963 di Sainte-Geneviève-des-Bois, berdekatan Paris di Perancis[1].

Logo jenama Carrefour

Pada bulan April 1976, Carrefour melancarkan label persendiriannya iaitu produk makanan Produits libres (produk bebas—libre bermaksud bebas), termasuk minyak, biskut, susu, dan pasta, pada harga yang rendah. Kelarisan jenama baru ini menyebabkan pengkritiknya berasa bahawa Carrefour sedang melemahkan kapitalisme dengan membiasakan orang ramai kepada makanan generik (sebagai lawan kepada jenama dan berkeistimewaan). Sacara terperincinya, Jean Mothes, seorang eksekutif di Perrier, menulis dalam majalah Investir bahawa Carrefour telah banyak mempercepatkan proses peralihan ke kerajaan pimpinan sosialis dan bukannya ahli politik dan penyokong sosialis seperti Edmond Maire, Georges Marchais, François Mitterrand dan Georges Séguy.

Carrefour di seluruh dunia pada September 2007[sunting | sunting sumber]

Negara yang terlibat dengan Carrefour Group buat masa ini. Merah: dimiliki sendiri; Kuning: di bawah francis.

Benua Amerika[sunting | sunting sumber]

Negara Cawangan pertama Bilangan cawangan Pasar hiper Pasar raya Hard Discounters Cash & Carry
Argentina 1982 462 28 114 320 -
Brazil 1975 337 105 35 201 34 (menunggu pembelian)
Colombia 1998 35 35 - - -
Republik Dominica 2000 1 1 - - -

Asia[sunting | sunting sumber]

  • Carrefour ialah peruncit antarabangsa yang pertama untuk hadir di pasaran Asia pada tahun 1977, iaitu di enam buah negara. Carrefour juga beroperasi di Emiriah Arab Bersatu dan Jordan dalam usahasama dengan Majid al Futtaim [2]. Selain itu, Carrefour baru membuka cawangan di Avenues Mall, Kuwait.
Negara Cawangan pertama Bilangan cawangan Pasar hiper Pasar raya Hard Discounters
Republik Rakyat China 1995 307 90 - 255
Indonesia 1998 32 32 - -
Jordan 2007 1 1 - -
Kuwait 2007 1 1 - -
Malaysia 1994 12 12 - -
Oman 2003 2 2 - -
Qatar 2000 3 3 - -
Arab Saudi 2003 3 3 - -
Singapura 1997 2 2 - -
Korea Selatan 1996 31 - - -
Taiwan 1989 47 47 - -
Thailand 1996 24 24 - -
Emiriah Arab Bersatu 1998 11 11 - -

Malaysia[sunting | sunting sumber]

Carrefour JB

Cawangan pertama Carrefour dibuka pada tahun 1994 di Subang Jaya berhampiran stesen KTM Komuter dan Subang Parade, menjadikannya cawangan pasar hiper pertama pernah ditubuhkan di Malaysia. Kini syarikat ini mempunyai 15 cawangan di seluruh semenanjung Malaysia. Cawangan-cawangannya ialah:-.Kini Carrefour Malaysia dikenali sebagai ÆON BiG

Mawi yang pernah bekerja selama dua tahun di Carrefour Subang Jaya sebelum mengecapi kenamaan sebagai seorang penghibur dilantik menjadi duta jenama Carrefour pada tahun 2007.[3] Pada masa yang sama Carrefour bekerjasama dengan TV3 untuk menganjurkan program realiti Carrefour Duniaku untuk mencari peserta (kakitangan Carrefour) yang terbaik untuk meraih jawatan penting di Carrefour dan bermakan malam bersama Mawi.

Afrika[sunting | sunting sumber]

Negara Cawangan pertama Bilangan cawangan Pasar hiper Pasar besar Hard Discounters
Algeria 2006 1 1 -
Mesir 2000 3 3 -
Tunisia 2001 1 1 - -

Eropah[sunting | sunting sumber]

Negara Cawangan pertama Bilangan cawangan Pasar hiper Pasar besar Hard Discounters Kedai serbaneka Cash & Carry
Belgium 2000 135 56 79 - - -
Bulgaria (2008)[3] - - - - -
Perancis 1960 1,688 191 603 786 - 108
Greece 1991 495 20 151 272 52 -
Itali 1993 461 51 239 - 155 16
Poland 1997 103 42 73 - - -
Portugal 1992 303 7 - 296 - -
Romania 2000 7 7 - - - -
Rusia (2008)[perlu rujukan] - - - - - -
Slovakia 1998 - 4 - - - -
Sepanyol 1973 2,119 139 81 1,899 - -
Switzerland 2001 9 9 - - - -
Turki 1993 433 13 71 349 - -
Cyprus 2005 9 5 4 - - -
Eropah 1960 5,832 505 1,364 3,602 207 124

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]