Carta salasilah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Contoh carta salasilah dengan penomboran Ahnentafel

Carta salasilah adalah gambarajah yang menunjukkan kejadian dan rupa atau fenotip bagi suatu gen atau organisma tertentu serta leluhurnya dari satu demi satu keturunan,[1][2][3] terutama sekali manusia, anjing,[4] dan kuda.

Untuk manusia[sunting | sunting sumber]

Di England dan Wales, carta salasilah dicatatkan secara rasmi di College of Arms (Lembaga Jata) yang menyimpan catatan sejak Zaman Pertengahan, termasuklah salasilah yang terkumpul daripada penyelidikan kasar oleh para bentaranya pada abad-abad ke-16 dan ke-17. Tujuan lawatan-lawatan pemeriksaan ini adalah untuk mendaftarkan serta memantau penggunaan jata. Sesiapa yang menuntut hak untuk menyimpan jata perlu menyediakan bukti dalam bentuk geran jata oleh Lembaga tersebut, ataupun keturunan dari seorang leluhur yang berhak untuk berjata. Atas sebab inilah salasilah dicatatkan oleh lawatan-lawatan ini. Salasilah masih didaftarkan di College of Arms dan dikemaskinikan secara sukarela, tetapi tidak tersedia kepada khalayak umum tanpa bayaran yuran.

Salasilah umumnya digunakan dalam keluarga untuk menemui kemungkinan seseorang anak yang mengalami gangguan akibat penyakit turun-temurun dalam sesebuah keluarga. Dua matlamat utamanya adalah menemui di mana letaknya gen-gen yang berkenaan (kromosom X, Y, atau autosom), serta menentukan sama ada sifat itu adalah dominan atau resesif. Salasilah menunjukkan penyakit autosom apabila nisbahnya 50/50 antara lelaki dan wanita. Begitu juga, penyakit itu dikira berkaitan X jika didapati cenderung menjangkiti lelaki. Satu lagi kegunaan salasilah adalah menentukan sama ada gangguan itu adalah dominan atau resesif. Jika gangguan itu dominon, maka salah seorang induk tentu membawa gangguan tersebut. Jika resesif pula, maka kedua-dua ibu bapa tidak membawanya.[5]

Antara contoh sifat dominan adalah: kebotakan (lelaki), astigmatisme, and kekerdilan. Antara contoh sifat resesif adalah: mata kecil, bulu jarang dan tubuh tinggi.[6]

Untuk penternakan haiwan[sunting | sunting sumber]

Salasilah kuda Shagya IX b. 1895

Dalam amalan pembiakbakaan terpilih , terutamanya bagi haiwan-haiwan belaan dan ternakan, termasuklah kuda, carta salasilah digunakan untuk menjejaki keturunan haiwan serta membantu dalam merancang program pembiakbakaan yang sesuai untuk mencapai sifat-sifat yang dikehendaki. Daftar baka ditubuhkan dan ditujukan untuk menjejaki salasilah dengan tepat serta memelihara rekod kelahiran, kematian dan ciri-ciri pengenalan setiap haiwan berdaftar dengan jitu.[7]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]