Cas warna

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam fizik zarah, cas warna ialah nama kepada cas yang terbabit dalam salingtindak kuat. Seperti cas elektrik yang menentukan magnitud dan arah daya elektrik di antara dua objek, begitulah cas warna menentukan magnitud dan arah daya kuat di antara dua objek.

Menurut kromodinamik kuantum, teori bagi salingtindak kuat, daya kuat ini diperihalkan oleh simetri SU(3), dan warna timbul dalam perwakilan 3 kumpulan simetri tersebut. Jadi ada tiga jenis cas warna (berbanding hanya satu jenis bagi daya elektrik) yang dinamakan merah, biru dan hijau. Hanya keadaan singlet yang stabil, iaitu keadaan biwarna (tanpa warna, atau 'putih') seperti kombinasi merah-biru-hijau, atau merah-antimerah (positif dan negatif merah), dan sebagainya.