Cashis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Cashis
Nama lahirRamone Johnson
Berasal dariOrange County, California, US
GenreRap, west Coast hip hop, gangsta rap
PekerjaanPenyanyi rap, penulis lirik
Tahun aktif2003–kini
Syarikat rakaman
Bogish Brand Entertainment, Shady Records
Pengkarya berkait
Young De, Eminem, 50 Cent, Lloyd Banks Bobby Creekwater, Obie Trice, Stat Quo
Laman sesawang
cashisonline.com

Ramone Johnson, lebih dikenali dengan nama pentas Cashis (seringkali digayakan sebagai Ca$his), merupakan seorang penyanyi rap dari Amerika yang telah dilahir dan dibesarkan di Chicago, tetapi berpindah ke Irvine, California. Beliau ditampilkan dalam album kompilasi Eminem Presents: The Re-Up terbitan Shady Records dan melancarkan county Hound EP pada tahun 2007. Pada Ogos 2011 dalam sebuah mixtape terbitannya iaitu Roof Top Vol:1, Cashis mendedahkan dalam trek pembukaan bahawa beliau meninggalkan label rakaman Shady Records tetapi kekal bersama-sama Bogish Brand Entertainment.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Cashis menubuhkan sebuah kumpulan iaitu The Renegadez bersama-sama H-Bone dan Monique (yang juga merupakan ibu kepada salah seorang daripada sebelas anaknya). Mereka menghantar pita demo kepada label shady Records milik Eminem dengan berharap dapat ditawarkan kontrak rakaman. Monique telah dibunuh pada 1999.

Pada tahun 2004, Cashis diangkat sebagai "raja rap Orange County" dan telah menarik perhatian A&R Shady Records, Dart Parker yang mengambil bakat muda ini selepas mendengar mixtape Cashis "Stars With Stripes". Walau bagaimanapun, beliau tidak muncul sehinggalah pada tahun 2006 apabila beliau muncul bersama-sama Eminem, 50 Cent dan Lloyd Banks dalam single pertama daripada album kompilasi Shady Records, Eminem Presents: The Re-Up iaitu You Don't Know. Pelancaran solonya yang pertama adalah County Hound EP, pada bulan Mei tahun 2007. Ia mencapai nombor 106 dalam carta Billboard 200 dan 37 dalam Top R&B/Hip Hop Albums.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Cashis memiliki sebelas orang anak. Turut berada di bawah jagaannya ialah nenek beliau dan dua orang adik-beradiknya.

Masalah undang-undang[sunting | sunting sumber]

Cashis ditahan kerana pelanggaran parol dan setelah dibebaskan, beliau kembali bersatu dengan The Renegadez dan kembali memberi tumpuan terhadap muzik.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Year Studio albums Collaboration albums Singles Official mixtapes
2005 Tiada Watch Closely (with The Renegadez) Tiada Stars with Stripes
2006 Tiada Eminem Presents: The Re-Up (bersama-sama Shady Records) Tiada Tiada
2007 The County Hound EP Tiada Lac Motion Tiada
2008 Tiada Tiada Tiada Homeland Security (bersama-sama Young De)
2009 Tiada Tiada Tiada Tiada
2010 Tiada Tiada Tiada Tiada
2011
  • The Vault
  • Euthanasia LP
Tiada Tiada Shady Loyalty 1st