Casper Van Dien

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Casper Van Dien
Van Dien pada Mei 2012
Kelahiran
Casper Robert Van Dien, Jr.

(1968-12-18) 18 Disember 1968 (umur 55)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1984–kini
PasanganCatherine Oxenberg (1999–kini; 2 orang anak)
Carrie Mitchum (1993–1997; bercerai; 2 orang anak)
Anak-anak4

Casper Robert Van Dien, Jr. (dilahirkan pada 18 Disember 1968) ialah seorang pelakon Amerika.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Van Dien dilahirkan dan dibesarkan di Milton, Florida, sebagai anak lelaki kepada Diane, seorang guru tadika dan Casper Robert Van Dien, Sr., seorang komander tentera laut Amerika dan juruterbang pejuang.[1] Keluarga Van Dien memiliki tradisi ketenteraan yang panjang. Selain bapanya, datuknya merupakan polis marin Amerika semasa Perang Dunia Kedua. Van Dien berketurunan dari sebuah keluarga Belanda kuno yang telah lama menetap di kawasan New York; warisannya lain termasuklah Sweden, Perancis, Inggeris dan Orang Asli Amerika.[2]

Jalan tempat Van Dien membesar di Ridgewood, New Jersey, Van Dien Avenue, dinamakan sempena nenek moyangnya.[3] Apabila usia Van Dien meningkat, keluarganya berpindah ke Florida, tempat dia diterima masuk ke Admiral Farragut Academy, [4] tamat pengajian ketiga dalam pangkat. Semasa berada di sekolah persediaan di Florida, Van Dien sering digelar sebagai "anak patung Ken" kerana wajahnya yang tampan, dan terbabit dalam banyak pergaduhan kerana hal tersebut.[4] Malah sesetengah penulis kemudiannya menggambarkannya sebagai "anak patung Ken bersaiz sebenar yang sempurna".[5] Setelah tamat pengajian di sekolah tinggi, Van Dien memasuki Florida State University di Tallahassee, tempat dia menjadi anggota Persaudaraan Sigma Alpha Epsilon dan berlatih di bawah bimbingan jurulatih tinju Eric Johnson.

Karier[sunting | sunting sumber]

Semasa berpindah ke Los Angeles, Van Dien mengisi sejumlah kecil bahagian dalam pelbagai siri tv dan filem. Dua tujahan awal ialah watak tetap sebagai Ty Moody dalam drama lipur lara waktu siang One Life to Live dan drama waktu tayangan perdana Beverly Hills, 90210. Sangat berminat untuk mengembangkan bakat lakonannya, Van Dien mengambil bahagian dalam permainan video Wing Commander IV.

Van Dien membintangi James Dean: Race with Destiny pada tahun 1997. Tidak selepas itu, dia menerima watak besar Johnny Rico dalam filem aksi sains fiksyen arahan Paul Verhoeven pada tahun 1997, Starship Troopers. Ini seterusnya membawanya menjadi pemegang watak Tarzan dalam Tarzan and the Lost City pada tahun 1998.[6] Seterusnya Van Dien memegang watak Brom von Brunt dalam filem 1999 arahan Tim Burton, Sleepy Hollow, satu olahan cerita klasik Washington Irving.

Pada tahun 2000 Van Dien muncul dalam Cutaway dan juga drama lipur lara waktu perdana singkat NBC arahan Aaron Spelling, Titans bersama Yasmine Bleeth, John Barrowman, Perry King dan Victoria Principal. Dia menjalani penggambaran beberapa babak sebagai Patrick Bateman dalam The Rules of Attraction pada tahun 2002, watak yang dilakonkan oleh Christian Bale dalam American Psycho pada tahun 2000. Namun begitu, babak-babak itu berakhir pada lantai bilik pengerat.

Pada tahun 2008 Van Dien kembali pada watak Rico dalam Starship Troopers 3: Marauder, sambungan bagi Starship Troopers.

Van Dien menggantikan Matt Mullins sebagai Johnny Cage yang baru untuk musim kedua siri web Youtube, Mortal Kombat: Legacy.[7]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Sarasota studio brings actor Casper Van Dien home". Dicapai pada November 13, 2010. Sarasota Herald Trubune, November 13, 2010
  2. ^ Casper Van Dien: Cast in conflict
  3. ^ Staff. "Tarzan of Tarzana", Daily News of Los Angeles, April 22, 1998. Accessed September 22, 2011. "When I was growing up in Ridgewood, NJ, we lived on Van Dien Avenue, which was named after my great-great-great grandfather."
  4. ^ a b "People Magazine interview". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-27. Dicapai pada 2009-10-27.
  5. ^ Casper Van Dien bio at Tribute.ca
  6. ^ Tarzan and the Lost City official site Michael Lake, producer
  7. ^ "Web Series 'Mortal Kombat: Legacy 2′ Hitting February 17th". Latino Review. Dicapai pada 2012-12-03.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Gelaran Kehormat
Didahului oleh
Wolf Larson
Pelakon yang memegang watak Tarzan
1998
Diikuti oleh:
Alex D. Linz / Tony Goldwyn