Farrish Zaquan bin Ramli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Cat Farish)
Lompat ke: pandu arah, cari
Farrish Zaquan bin Ramli

Farrish Zaquan bin Ramli atau juga dikenali sebagai Cat.
Latar belakang
Nama lahir Farrish Zaquan bin Ramli
Juga dikenali sebagai Cat Faris / Cat
Berasal dari Malaysia Malaysia
Pekerjaan Penyanyi
Tahun aktif 1990-an -
Kegiatan berkait kumpulan Ruffedge

Farrish Zaquan bin Ramli atau juga dikenali sebagai Cat merupakan salah seorang daripada anggota kumpulan Ruffedge yang merupakan salah satu daripada kumpulan penyanyi Malaysia yang terdiri daripada lima orang anggota.

Farrish Zaquan berasal dari Perak. Beliau bersekolah di SMK St. Anthony Teluk Intan . Menurutnya lagi semasa konsert Jelajah Era di Teluk Intan, Cat menyatakan bahawa dia pernah tinggal di Eastern Garden. Cat pernah bekerja dengan beberapa kedai muzik, antaranya Tower Records. Farrish Zaquan turut menulis menulis lagu dan terbabit dalam beberapa projek yang melibatkan artist baru seperti FO3, Nabil, Sedozen, Moleq dan Caprise N Noa.

Farrish Zaquan turut memiliki sebuah studio muzik di Kuala Lumpur.

Pautan luar [sunting]