Caterham F1

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Malaysia Caterham-Renault[1]
Caterham F1 Team.png
Nama penuh Caterham F1 Team[2]
Pangkalan Leafield, Oxfordshire, United Kingdom
Ketua pasukan Cyril Abiteboul[3]
CEO Riad Asmat
Cyril Abiteboul
Pengarah teknikal Mark Smith
Laman sesawang caterhamf1.com
Nama terdahulu Team Lotus
Formula Satu musim 2013
Pemandu 20. Perancis Charles Pic[4]
21. Belanda Giedo van der Garde[5]
Pemandu ujian

Amerika Syarikat Alexander Rossi[6]
Republik Rakyat China Ma Qinghua[6]

Finland Heikki Kovalainen
Casis Caterham CT03
Enjin Renault
Tayar Pirelli
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
Penampilan pertama Grand Prix Australia 2012
Perlumbaan terkini Grand Prix Itali 2013
Perlumbaan disertai 26
Kejuaraan Pengeluar 0
Kejuaraan Pemandu 0
Kemenangan 0
Petak pertama 0
Pusingan terpantas 0
Kedudukan 2012 Ke-10 (0 mata)

Caterham F1 Team (sebuah nama dagangan untuk 1Malaysia Racing Team Sdn Bhd)[7] ialah sebuah pasukan Formula Satu milikan penuh Malaysia yang berpangkalan di United Kingdom. Pasukan ini bersaing sebagai Caterham untuk kali pertama pada musim 2012, berikutan penggunaan nama Team Lotus pada tahun 2011. Ini berikutan pengambilalihan pengilang kereta, Caterham Cars oleh bekas ketua pasukan, Tony Fernandes, yang membentuk Caterham Group.[8] Caterham Racing ialah pasukan feeder Caterham F1, yang bersaing dalam kejuaraan GP2 Series sejak tahun 2011.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pada mulanya, pasukan Fernandes memasuki Formula Satu pada tahun 2010 sebagai Lotus Racing, dan menggunakan nama Lotus di bawah lesen Group Lotus. Apabila syarikat induk Group Lotus, Proton, menamatkan lesen itu, Fernandes mengambil alih milik persendirian pasukan nama Lotus untuk digunakan untuk musim 2011. Apabila Proton memulakan perbicaraan undang-undang terhadap pasukan itu, Fernandes membeli Caterham Cars. Pada bulan November 2011, pasukan tersebut memohon kepada suruhanjaya Formula Satu secara rasmi untuk menukar nama pengeluar mereka untuk musim 2012 dari Lotus ke Caterham, manakala Renault menukar nama mereka kepada Lotus.[9] Kebenaran tersebut diberikan secara rasmi dan disahkan pada mesyuarat Majlis Sukan Permotoran Sedunia FIA. Pasukan itu mendapat tempat kesepuluh dalam Kejuaraan Pengeluar pada tahun 2011, dan mendapat tempat ke-13 sebanyak tiga kali. Dua daripada keputusan tersebut ialah hasil Trulli dan satu dari Kovalainen.

Musim 2012[sunting | sunting sumber]

Trulli dan Kovalainen memperbaharui kontrak mereka bersama pasukan, yang kini dikenali sebagai Caterham, bagi musim 2012.

Jarno Trulli mengambil bahagian dalam sesi ujian pra-musim pada bulan Februari 2012, namun digantikan oleh Vitaly Petrov.

Pada 17 Februari, Caterham mengumumkan bahawa Vitaly Petrov akan menggantikan Trulli dan akan bersama Kovalainen bagi musim 2012.

Kereta Caterham kelihatan lebih perlahan daripada kereta Marussia. Walau bagaimanapun, Caterham mendapat cengkaman melalui Kovalainen, yang berjaya memasuki ke Q2 untuk Grand Prix Bahrain. Di Valencia, Kovalainen mendapat tempat ke-14, di belakang Petrov yang mendapat tempat ke-13. Di Grand Prix British, Vitaly Petrov gagal untuk memulakan perlumbaan kerana terdapat masalah dengan enjin keretanya sebelum perlumbaan. Pasukan mendapat tempat kesepuluh dalam Kejuaraan Pengeluar Dunia, selepas Petrov mendapat keputusan terbaik pasukan dengan mendapat tempat kesebelas pada perlumbaan terakhir musim di Brazil.

Musim 2013[sunting | sunting sumber]

Charles Pic menguji jentera CT03 di Barcelona.

Pada 23 November 2012, ia telah diumumkan bahawa pemandu Marussia, Charles Pic, telah menandatangani kontrak bersama Caterham.[10] Rakan sepasukannya ialah Giedo van der Garde.

Pada 1 Mac 2013, pasukan mengumumkan bahawa Alexander Rossi dan Ma Qinghua akan menjadi pemandu ujian mereka bagi musim 2013.[6]

Pada 17 April 2013, ia telah disahkan bahawa pasukan telah menandatangani semula Heikki Kovalainen sebagai pemandu ujian (peranan pembangunan teknikal formal) untuk menguji kereta mereka.[11]

Keputusan lengkap Formula Satu[sunting | sunting sumber]

(kunci)

Tebal - Petak pertama
Condong - Pusingan terpantas

Tahun Casis Enjin Tayar Pemandu 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Mata WCC
2012 Caterham CT01 Renault RS27-2012 V8 P AUS MAL CHN BHR ESP MON CAN EUR GBR GER HUN BEL ITA SIN JPN KOR IND ABU USA BRA 0 Ke-10
Finland Heikki Kovalainen Ret 18 23 17 16 13 18 14 17 19 17 17 14 15 15 17 18 13 18 14
Rusia Vitaly Petrov Ret 16 18 16 17 Ret 19 13 DNS 16 19 14 15 19 17 16 17 16 17 11
2013 Caterham CT03 Renault RS27-2013 V8 P AUS MAL CHN BHR ESP MON CAN GBR GER HUN BEL ITA SIN KOR JPN IND ABU USA BRA 0* Ke-11*
Perancis Charles Pic 16 14 16 17 17 Ret
Belanda Giedo van der Garde 18 15 18 21 Ret 15

* Musim sedang dijalankan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Kemasukan Formula Satu FIA 2012", FIA.com, Fédération Internationale de l'Automobile, 30 November 2011. Dicapai pada 30 November 2011. 
  2. Elizalde, Pablo. "Caterham reveals Formula 1 team logo", Autosport, Haymarket Publications, 14 Disember 2011. Dicapai pada 14 Disember 2011. 
  3. "Cyril Abiteboul dinamakan Ketua Pasukan baru Caterham", Autosport, Haymarket Publications, 8 November 2012. Dicapai pada 8 November 2012. 
  4. "Pemandu Marussia, Charles Pic, berpindah ke Caterham bagi musim 2013", BBC Sport, BBC Sport, 23 November 2012. Dicapai pada 23 November 2012. 
  5. "Van der Garde in Formule 1", Telesport, Telesport, 1 Februari 2013. Dicapai pada 1 Februari 2013. 
  6. 6.0 6.1 6.2 "Alexander Rossi and Ma Qing Hua to be Reserve Drivers", Caterham F1, Caterham Group, 1 Mac 2013. Dicapai pada 5 Mac 2013. 
  7. Kemasukan Kejuaraan Dunia Formula Satu 2013 FIA. Retrieved 26 Mac 2013.
  8. "Team Lotus membeli Caterham Cars", Formula1.com, Kumpulan Formula Satu, 28 April 2011. Dicapai pada 28 April 2011. 
  9. Cooper, Adam. "Kebenaran diberikan untuk pertukaran nama Caterham, Lotus dan Marussia", Adam Cooper's F1 Blog, WordPress, 3 November 2011. Dicapai pada 4 November 2011. 
  10. Beer, Matt. "Caterham menandatangani pemandu Marussia, Charles Pic, untuk Formula Satu musim 2013", Autosport, Haymarket Publications, 23 November 2011. Dicapai pada 24 November 2011. 
  11. "Heikki Kovalainen rejoins Caterham as reserve driver". Autosport. 17 April 2013. http://www.autosport.com/news/report.php/id/106819?source=mostpopular. Capaian 17 April 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]