Cathay Pacific

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Cathay Pacific
IATA
CX
ICAO
CPA
Callsign
CATHAY
Ditubuhkan 1946
Hab Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong
Bandar tumpuan Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan
Program frequent flyer Asia Miles
Lobi lapangan terbang Kelas Pertama/Perniagaan (The Wing dan The Pier)
Perikatan Oneworld
Pesawat 101
Destinasi 105
Ibu pejabat Hong Kong, Republik Rakyat China
Tokoh utama Philip Chen (CEO), David Turnbull (Pengerusi)
Laman web www.cathaypacific.com

Cathay Pacific Limited adalah syarikat penerbangan komersil yang berpusat di Hong Kong. Ia merupakan sistem penerbangan "kebangsaan" Hong Kong.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Cathay Pacific ditubuhkan di Shanghai pada 24 September 1946 dan pelopornya ialah Roy Farrell dan Sydney de Kantzow. Kedua-dua mereka adalah bekas tentera udara yang biasa dengan kawasan Himalaya. Sebagai permulaan, Cathay Pacific menggunakan sebuah Douglas C-47 untuk menghubungkan Hong Kong dengan Sydney, Manila, Singapura, Shanghai dan Guangzhou. Pada tahun 1948, Butterfield & Swires menjadi pemegang saham minoriti dalam penerbangan ini dan kemudiannya berjaya menguasai 52% saham Cathay Pacific.

Melalui pembelian pesaingnya Hong Kong Airways pada tahuhn 1959, Cathay Pacific mula mengembangkan operasinya dan membeli Convair 880 pada tahun 1967. Operasi ke Jepun juga dimulakan pada tahun yang sama. Era 70-an dan 80-an menyaksikan perkembangan aviasi asia yang pesat sekaligus menyumbang kepada perkembangan Cathay Pacific. Krisis ekonomi Asia pada lewat 90-an dan serangan SARS memberi tamparan yang hebat kepada Cathay Pacific.

Pesawat[sunting | sunting sumber]

Boeing 747-400 Cathay Pacific

Cathay Pacific mempunyai armada 101 pesawat, 36 daripadanya mempunyai 3 kelas perkhidmatan (Pertama, Perniagaan dan Ekonomi) untuk penerbangan jarak jauh dan 47 mempunyai 2 kelas perkhidmatan (Perniagaan dan Ekonomi) untuk penerbangan jarak dekat dan seahagian penerbangan jarak jauh. Syarikat ini juga mempunyai 16 buah kapal terbang pengangkut.

Pesawat Cathay Pacific
Pesawat Dalam perkhidmatan Tempahan Penumpang Nota
F B P E Jumlah
Airbus A330-300 35 15 44 267 311 1 akan dipindah kepada Dragonair
40 223 263
39 28 175 241
Airbus A340-300 11 26 257 283 Pesawat gantian: Airbus A350-900
26 28 211 265 Pesawat gantian: Airbus A350-900
Airbus A350-900 22 TBA Menggantikan Boeing 777-200 dan Airbus A340-300
Airbus A350-1000 26 TBA Menggantikan Boeing 747-400 dan Boeing 777-300
Launch customer for the type
Boeing 747-400 18 9 46 324 379 Pesawat gantian: Boeing 777-300ER dan Airbus A350-1000
9 46 26 278 359
Boeing 777-200 5 5 45 291 336 Pesawat gantian: Airbus A350-900
Boeing 777-300 12 12 45 353 398 Pesawat gantian: Airbus A350-1000
Launch customer for the type
Boeing 777-300ER 29 21 6 53 238 297
6 53 229 288
40 32 268 340
6 53 34 182 275
Jumlah 110 84

Destinasi[sunting | sunting sumber]

Untuk rencana lanjut lihat Destinasi-destinasi Cathay Pacific

Cathay Pacific terbang hampir ke seluruh benua Asia, Eropah dan Amerika Utara. Penyertaannya ke dalam Persekutuan One World turut menyumbang kepada liputan perkhidmatannya.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]