Ceki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ceki,[1] (juga dieja cherki), koa atau pei[2] adalah sejenis permainan daun terup yang merupakan kegiatan berjudi tradisional suku Peranakan, khususnya kaum wanita (Nyonya), tetapi turut digemari oleh kaum-kaum lain di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Pada zaman sekarang, permainan ceki agak merudum di Malaysia dan Singapura, tetapi masih cukup giat di Indonesia.[3] Ceki dikatakan berakar umbi dalam permainan daun terup purba yang pernah dicipta di negara Cina purba dan turut menurunkan mahjong antara lainnya sebagai zuriat.

Kelengkapan[sunting | sunting sumber]

Permainan ceki terdiri daripada dua set. Setiap set terdiri daripada 60 helai daun terup yang terbahagi kepada 30 corak atau 'bunga' yang berbeza. Setiap helai daun terup berukuran 60mm × 24 mm, dipegang secara menegak dan tertera corak yang membawa nilai daun. 30 corak daun ini dibahagikan kepada tiga sama bunga, iaitu ban (banji (laksa)), sok (manik) dan tong (batik). Corak daun ceki jelas menampakkan pengaruh dari mahjong, yang mana corak banji tertulis nilai bilangan dalam tulisan Cina di bahagian atas beserta ragam corak yang cenderung kepada motif wajah manusia, sok dengan corak seakan untaian manik dan tong pula dengan corak yang menonjolkan motif bulatan-bulatan.[4]

Set daun ceki
Bunga Kaki Yu
(Sat)
Ji
(2)
Sa
(3)
Si
(4)
Go
(5)
Lak
(6)
Jit
(7)
Puek
(8)
Kau
(9)
Ban 
(Banji)
Fail:CHKRFL.GIF
yu nyonya
Fail:CHKMAN1.GIF
yu hue sio
Fail:CHKMAN2.GIF
ji ban
Fail:CHKMAN3.GIF
sa ban
Fail:CHKMAN4.GIF
si ban
Fail:CHKMAN5.GIF
go ban
Fail:CHKMAN6.GIF
lak ban
Fail:CHKMAN7.GIF
jit ban
Fail:CHKMAN8.GIF
puek ban
Fail:CHKMAN9.GIF
kau ban
Sok 
(Manik)
Fail:CHKWFL.GIF
yu kucing/
yu kasut
Fail:CHKSTR1.GIF
yu panjang
Fail:CHKSTR2.GIF
ji burung
Fail:CHKSTR3.GIF
sa udang
Fail:CHKSTR4.GIF
si putih
Fail:CHKSTR5.GIF
go burung
Fail:CHKSTR6.GIF
lak putih
Fail:CHKSTR7.GIF
jit burung
Fail:CHKSTR8.GIF
puek menak
Fail:CHKSTR9.GIF
kau merah
Tong 
(Batik)
Fail:CHKOTH.GIF
yu pending/
yu lau chian
Fail:CHKCNS1.GIF
yu kasut
Fail:CHKCNS2.GIF
ji hitam
Fail:CHKCNS3.GIF
sa batik
Fail:CHKCNS4.GIF
si hitam
Fail:CHKCNS5.GIF
go pending
Fail:CHKCNS6.GIF
lak hitam
Fail:CHKCNS7.GIF
jit hitam
Fail:CHKCNS8.GIF
puek kerang
Fail:CHKCNS9.GIF
kau hitam

Seperti yang dipaparkan di atas, bilangan yio terdiri daripada dua corak dalam setiap sama bunga. Dalam lajur paling kiri adalah daun-daun khas yang dipanggil daun 'kaki', iaitu yu nyonya, yu kucing atau yu kasut, dan yu pending atau yu lau chian[4]. Semua corak daun berwarna hitam putih, kecuali tiga yang berbunga merah, iaitu yu nyonya, kau merah dan yu lau chian.

Permainan ini harus dilakukan di atas meja khas yang berbentuk segi lapan untuk menampung seramai enam orang pemain.

Permainan[sunting | sunting sumber]

Ceki dimain oleh dua hingga enam orang sekali gus. Mula-mula, seorang pembahagi dipilih dalam kalangan pemain untuk mengocok-ngocok daun lalu meminta pemain di sebelah kanan untuk membelah tindanan daun. Kemudian, pembahagi itu mengedarkan dua helai daun kepada setiap pemain mengikut arah jam, berulang empat kali supaya setiap pemain mendapat lapan helai daun.

Pemain tidak dibenarkan untuk melihat bunga daun sehingga pembahagi selesai mengedar. Daun-daun yang tidak teredar diletakkan secara tertelangkup dalam satu timbunan di tengah meja. Pemain di sebelah kiri memulakan permainan dahulu.

Tujuan permainan ini adalah membentuk tiga "mata" (set), yang mana setiap mata terdiri daripada tiga daun yang sama nilai, misalnya: tiga helai go, tiga helai kau dan tiga helai yu, tanpa mengira sama bunga, maka jit ban, jit burung mahupun jit hitam, tetap membentuk satu mata jit. Membentuk tigaan daun adalah senang sekali dengan memadankan bingkai daun kerana ketiga-tiga daun seharusnya smaa bentuk bingkainya. Daun 'kaki' hanya membentuk mata yang sama corak (iaitu tiga yu nyonya, tiga yu kucing, tiga yu lau chian).

Setiap mata bernilai jumlah nilai daunnya, maka semata jit bernilai 21 markah (tiga kali tujuh). Daun kaki pula hanya bernilai satu (maka setiap mata 3 markah), maka yang paling diidamkan adalah tiga kau (27 markah).

Dalam setiap giliran, setiap pemain boleh mencabut sehelai daun yang tertelangkup dari timbunan atau mengambil daun yang paling baru dibuang oleh pemain sebelumnya. Jika memilih untuk mencabut daun dari timbunan, pemain harus membuang sehelai daun yang ada dalam genggamannya untuk menyimpan daun barunya, ataupun membuang kembali daun yang baru dicepatnya ke dalam timbunan. Maka dihujung gilirannya, setiap pemain sentiasa memegang lapan helai daun.

Semu daun yang dibuang mesti dilonggokan dan dekat dengan timbunan asal, tetapi hanya daun daun yang baru sekali tertinggal di atas meja boleh diambil oleh pemain lain.

Dengan lapan helai daun dalam tangan, hanya dua mata penuh dan satu pasang boleh dicapai. Barang sesiapa yang berjaya mencapai susunan ini berteriak "ceki" sambil meletakkan bunga pasangnya bertelangkup di hadapannya.

Teriakan "ceki" merupakan peringatan kepada pemain lawan bahawa peneriak menantikan daun pelengkap untuk menang. Mulai saat itu, matlamatnya hanya adalah mendapat daun ketiga yang sepadan dengan daun pasangnya, malah dia tidak lagi dibenarkan untuk mengubah lagi dua mata yang ada padanya. Sambil bergilir-gilir, pemain berkenaan boleh mencari daun pelengkap dengan mencabut dari timbunan atau mengambil daun buangan pemain sebelumnya.

Pemain pertama yang melengkapkan tiga mata adalah pemenang. Apabila pemain yang berteriak "ceki" beroleh daun pelengkap yang dicari-carinya dengan menayangkan ketiga-tiga matanya. Maka dialah pemenang pusingan dan satu-satunya pemain yang meraih markah.

Di akhir setiap pusingan, pemenang menerima sejumlah wang yang bersamaan dengan jumlah markah yang diraihnya daripada lawan-lawannya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=ceki
  2. ^ Ivan Taniputera (2012-11-24). "Sekelumit Seluk Beluk Permainan Kartu Ceki (Pei)" (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-03-15. Dicapai pada 2013-06-06.
  3. ^ "Main Kartu Ceki Sama dengan Olahraga" (dalam bahasa Indonesia). Tempo.co. 2012-12-03. Dicapai pada 2013-06-06.
  4. ^ a b Rosalind Lim, penyunting (2006). Gateway to Asian Games. Asiapac Books. m/s. 61.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]