Celebrity Karaoke

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Celebrity Karaoke
GenrePermainan
Dibangunkan oleh
TV2 A/S
Juita Viden
Filem Karya Nusa
Luminous Productions
PengarahKama Haji Azman
PengacaraNazrudin Rahman
Negara asal Denmark (format)
 Malaysia (penerbitan)
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan musim2
Bilangan episod26 (Senarai episod)
Penerbitan
Penerbit eksekutifFrancis Foo
Lai Yoke Leng
Daphne Lim
PenerbitAzwan Sahamir
Howie Loh
Tempoh siaran1 jam per episod
Penyiaran
Saluran asalntv7
Siaran asal20 Februari 2009
Pautan luar
Laman sesawang

Celebrity Karaoke ialah sebuah rancangan permainan karaoke Malaysia yang diterbit oleh Juita Viden, Filem Karya Nusa dan Luminous Productions dan disiarkan di ntv7. Format Celebrity Karaoke sebenarnya merupakan adaptasi tempatan dari francais antarabangsa Karaoke Showdown yang diedarkan oleh syarikat 2waytraffic ke merata dunia. Malaysia merupakan negara Asia ketiga untuk menyetempatkan format permainan berkenaan selepas Indonesia dan Vietnam.[1] Setiap episod menyaksikan dua pasangan gandingan artis dan orang biasa beradu pengetahuan lagu-lagu berbahasa Melayu dan Inggeris.

Celebrity Karaoke diacarakan oleh Nazrudin Rahman dan diserikan oleh kugiran John Boy & Friends selaku pemuzik latar.

Format[sunting | sunting sumber]

Setiap episod terbahagi kepada empat pusingan.

Tiga pusingan pertama adalah sama sahaja, iaitu setiap peserta bergilir-gilir memilih satu dari lima kategori yang dipaparkan untuk meneka lagu yang dinyanyikan oleh orang awam dalam sedutan video. Peserta perlu menekan bazer lalu menyambung nyanyian lagu berkenaan untuk meraih satu mata. Peserta yang berjaya meraih satu mata tersebut diberi giliran memilih kategori seterusnya. Bagaimanapun, di kalangan setiap lima kategori ini salah satunya adalah "bonus" yang mana hanya pasangan yang memilih kategori tersebut berpeluang menjawabnya, dan mereka cuma perlu meneka tajuk lagu tanpa perlu menyanyi, untuk meraih dua mata.

Pusingan terakhir pula menyaksikan para peserta menyanyikan lagu yang lengkap sambil membetulkan lirik lagu yang salah. Setiap kata yang dibetulkan diberi satu markah, dan terdapat sepuluh kesilapan untuk dibetulkan. Pasangan yang meraih mata yang lebih secara keseluruhan dari keempat-empat pusingan dikira menang.

Senarai episod[sunting | sunting sumber]

Musim 1[sunting | sunting sumber]

# Tarikh siaran Artis jemputan Tema/Catatan
1 20 Februari 2009 Ning Baizura, Ameng (Spring)
2 27 Februari 2009 Nita (Malaysian Idol), Zahid, Riezman Khuzaimi, Kartina Ayob Tema cinta
3 6 Mac 2009 Rem, Shamsul Ghau Ghau
4 13 Mac 2009 Jeffrydin, Dato' A. Rahman Hassan Lagu 1960-an
5 20 Mac 2009 Latif Ibrahim, Sarah Low, Nadia Mustafar, Ronny (One in a Million)
6 27 Mac 2009 Betty Benafe, Zain Ruffedge, Faizal Ismail, Cheryl Samad
7 3 April 2009 Atilia Haron, Dato' Jalaluddin Hassan, Bob, Rohana Jalil
8 10 April 2009 Tiar Jinbara, Achik Def-Gab-C, Adi 6ixth Sense, Royce Sayyan Tema rock
9 17 April 2009 Dina, Dia Fadila
10 24 April 2009 Ifa Raziah, Shikin Bersama anggota Pancaragam Tentera Udara Diraja Malaysia
11 1 Mei 2009 Farah Diana Anuar, Farah Asyikin
12 8 Mei 2009 Fatimah Abu Bakar, Sharifah Aleya, Dato' Yusni Hamid, Hanie Hamid Hari Ibu
13 15 Mei 2009 Mila, Lydia Ibtisam Bersama anggota Kuartet Pancaragam Polis Diraja Malaysia

Musim 2[sunting | sunting sumber]

# Tarikh siaran Artis jemputan Tema/Catatan
1 5 Februari 2010 Fazli Zainal, Shila
2 12 Februari 2010 Hail Amir, Uji Rashid Lagu 1970-an dan 1980-an
3 19 Februari 2010 Suki, Ikhwal Hafiz, Winnie K, Ridzuan Skuad pelapis
4 26 Februari 2010 Izwan Pilus, Alif Satar
5 5 Mac 2010 Noryn Aziz, Sharizan Borhan
6 12 Mac 2010 Tony Eusoff, Chelsia Ng, Francesca Peter, Nassier Wahab
7 19 Mac 2010 Jay Jay, Dato' Andre Goh
8 26 Mac 2010 Ramlah Ram, Fairuz Hussen
9 2 April 2010 Hairuddin M. Noh, Nurfatimah
10 9 April 2010 Deja Moss, Dato' Khatijah Ibrahim
11 16 April 2010 Siti Sarah Raisuddin, Ayu
12 23 April 2010 Razlan Kristal, Nash
13 30 April 2010 Achik Spin, Nana

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (2009-02-21). "Karaoke bersama selebriti". Berita Harian. Dicapai pada 2009-03-21.[pautan mati kekal]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]