Cem Özdemir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
1997

Cem Özdemir (lahir 21 Disember 1965 di Bad Urach) ialah seorang ahli politik Jerman dan Ahli Parlimen Eropah untuk Pakatan '90/Hijau, sebahagian dari European Greens. Beliau adalah berketurunan Turki dan diundi sebagai ahli politik Jerman yang berpakaian terbaik untuk tahun 2005.

Kehidupan dan Pekerjaan[sunting | sunting sumber]

Setelah menduduki ujian Mittlere Reife (Setaraf dengan Sijil Pelajaran Malaysia), Özdemir menjalani latihan vokasional sebagai seorang pendidik sehingga beliau tamat dengan sijil Fachhochschulreife, (sijil vokasional yang setaraf dengan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia). Beliau kemudiannya menyambung pengajian di sebuah Fachhochschule, (universiti teknikal) dan berjaya tamat dengan ijazah dalam bidang Pedagogi Sosial. Dari tahun 1987 beliau bekerja sebagai seorang pendidik dan juga wartawan bebas. Özdemir merupakan anak kepada seorang pendatang Turki dan beliau telah berkahwin dengan seorang wartawan berketurunan Jerman-Argentina Pia Castro. Pasangan itu kini memiliki seorang anak perempuan. Awal tahun 2002 beliau menjadi model bagi sebuah pengeluar sut. Özdemir adalah seorang penganut agama Islam.

Parti[sunting | sunting sumber]

Özdemir telah menjadi seorang ahli Parti Hijau sejak 1981. Dari 1989 hingga 1994, beliau menganggotai Majlis Tertinggi Parti Hijau bagi negeri Baden-Württemberg. Beliau turut membantu menubuhkan sebuah badan kebajikan Immi-Grün yang dianggotai oleh ramai warga pendatang yang telah mendapat kerakyatan Jerman. Pada 2 Jun 2008, beliau telah mengumumkan kesediaannya untuk bertanding jawatan pengerusi kebangsaan parti Hijau.

Beliau dianggap sebagai sebahagian daripada puak Realo di dalam partinya.

Wakil Rakyat[sunting | sunting sumber]

Beliau telah dipilih ke Parlimen Jerman, Bundestag pada 1994. Dari 1998 hingga ke 2002, Özdemir menjadi Jurucakap Parti Hijau di Parlimen bagi Hal Ehwal Dalam Negeri dan pengerusi Kumpulan Parlimen Jerman-Turki.

Pada 26 Julai 2002, beliau meletakkan jawatannya sebagai ahli Parlimen sekaligus jurucakap parti Hijau setelah dilaporkan melakukan kesalahan yang melibatkan seorang pakar hubungan awam dan juga ahli lobi Moritz Hunzinger. Namanya yang telah tersenarai dalam kertas undi untuk pilihanraya umum pada tahun itu tidak dapat ditarik balik dan beliau dipilih semula menduduki kerusi dalam parlimen yang baru. Namun, beliau menarik diri daripada menjawat jawatan tersebut dan memberi laluan kepada ahli politik dari Parti Hijau yang lain.

Sejak tahun 2004, beliau menganggotai Parlimen Eropah (Kumpulan Hijau/Pakatan Eropah Bebas) dan juga Jawatankuasa bagi Hal Ehwal Luar Negara. Beliau merupakan naib pengerusi sebuah jawatankuasa yang menyiasat aktiviti-aktiviti CIA yang melanggar hak asasi manusia dengan menggunakan negara-negara Eropah untuk memindah atau menahan seseorang tanpa dituduh di mahkamah. Beliau juga merupakan seorang ahli sebuah kumpulan perhubungan bagi Cyprus Utara yang berpengaruh, delegasi antara parlimen EU-Turki dan juga Kumpulan kepelbagaian dan anti perkauman.

Pada tahun 2007, beliau mengambil alih sebagai penaung Christopher Street Day di Stuttgart.

Hasil Karya[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]