Cendawan kep kematian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Cendawan kep kematian
Pengelasan saintifik
Alam: Kulat
Divisi: Basidiomikota
Kelas: Agaricomiset
Subkelas: Himenomiset
Order: Agaricales
Famili: Amanitaceae
Genus: Amanita
Spesies: A. phalloides
Nama binomial
Amanita phalloides
(Vaill. ex Fr.) Link
Amanita phalloides
Ciri-ciri mikologi:
Gills icon.png 
Himenium berinsang
Conical cap icon.svg 
Pileus berbentuk cembung
Ring and volva stipe icon.png 
Gegelang dan volva pada tangkai
White spore print icon.png 
Cetakan spora berwarna putih
Mycorrhizal ecology icon.png 
Ekologi: Mikoriza
Hazard T.svg 
Status sebagai makanan: Membunuh

Amanita phalloides (gaya sebutan: /æməˈnaɪtə fəˈlɔɪdiːz/) yang juga dikenali orang ramai sebagai cendawan kep kematian merupakan salah satu kulat yang beracun. Disebarkan secara meluas merentasi Eropah, cendawan ini mempunyai pertalian simbiotik mikoriza dengan pelbagai spesies pokok konifer. Dalam sesetengah kes, cendawan kep kematian dibawa masuk secara tidak sengaja ke kawasan baru melalui penanaman spesies bukan asal pokok oak, pokok pinus dan pokok berangan. Sporokap yang besar muncul ketika musim panas dan musim luruh; bahagian pileusnya secara umumnya berwarna hijau dengan warna putih pada bahagian tangkai serta insang.

Cendawan bertoksik ini menguasai bilangan majoriti kes keracunan cendawan termasuklah kemungkinan besar penyebab kematian Maharaja Rom, Claudius dan Maharaja Kudus Rom, Charles VI. Amanita phalloides merupakan subjek kepada kebanyakan kajian dan beberapa agen biologi aktif telah diasingkan. Bahan kandungan toksik utama ialah α-amanitin di mana boleh merosakkan hati dan buah pinggang, sering menyebabkan kematian mangsa keracunan cendawan.

Taksonomi dan penamaan[sunting | sunting sumber]

Amanita phalloides dinamakan seorang ahli botani Perancis, Sébastien Vaillant pada tahun 1727.[1] Melalui istilah saintifik phalloides yang bermaksud "berbentuk falus" ("phallus-shaped"), tidak dapat dipastikan bahawa sama ada nama tersebut secara harfiahnya merujuk kepada falus atau mungkin dicedok daripada perkataan genus Phallus. Pada tahun 1821, Elias Magnus Fries menamakan cendawan ini sebagai Amanita phalloides tetapi beliau turut memasukkan nama tersebut ke dalam semua genus Amanitas putih.[2] Akhirnya, pada tahun 1833, Johann Heinrich Friedrich Link membuat penyelesaian dengan mengubah nama Amanita phalloides kepada Amanita phalloides selepas Christian Hendrik Persoon telah menamakannya sebagai Amanita viridis sejak 30 tahun lalu.[3][4] Walaupun Louis Secretan telah menggunakan nama Amanita phalloides sebelum Friedrich Link tetapi tidak diterima berikutan beliau tidak menggunakan nama binomial tersebut secara konsisten; pendapat sebegini masih tidak disokong oleh beberapa ahli taksonomi.[5][6]

Amanita phalloides merupakan spesies Amanita yang tergolong dalam bahagian Phalloideae, satu kumpulan yang mengandungi kesemua racun spesies Amanita yang membawa maut (kecuali Amanita manginiana yang bebas racun dan boleh dimakan).

Kemunculan variasi cendawan yang berwarna putih sepenuhnya yang jarang ditemui dinamakan sebagai phalloides f. alba oleh Max Britzelmayr. [7]

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Cendawan kep kematian muda muncul daripada vel universal.

Pada awalnya, cendawan kep kematian mempunyai pileus berbentuk hemisfera tetapi semakin mendatar mengikut usia.[8] Pileusnya mungkin berwarna hijau pucat, hijau kekuning-kuningan atau hijau buah zaitun, selalunya beransur pucat menghala ke bawah lebih-lebih lagi selepas hujan serta permukaannya melekit apabila basah dan mudah terkopek.[9] Tinggalan vel separa berbentuk seperti skirt, struktur anulus yang melekat pada tangkai biasanya 1-1.5 sm (0.4–0.6 in) panjang dan terkelapai. Tangkainya yang bersisik berwarna putih dengan sedikit hijau buah zaitun dengan panjangnya antara 8-15 sm (3–6 in) manakala tebalnya antara 1 hingga 2 sm (3/8–3/4 in). Struktur volvanya menonjol keluar seperti kantung dan bergerigis.[8]

Cendawan ini pada mulanya berbau seakan-akan wangi seperti madu tetapi jika dihidu terlalu lama, baunya menjadi busuk yang teramat kuat dan tidak menyenangkan.[10] Spesimen yang muda muncul dari tanah bersama-sama sejenis struktur berbentuk telur yang dilindungi oleh vel universal di mana akan pecah, seterusnya meninggalkan volva sebagai sisa-sisa. Cendawan kep kematian mempunyai spora yang lutsinar di mana berbentuk seperti telur, 8-10 μm (0.3–0.4 thou) panjang dan akan bertukar kepada warna biru dengan iodin.[10] Bahagian insangnya dilihat bertukar kepada ungu pucat atau merah jambu dengan asid sulfurik pekat.[11][12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. (Latin)Vaillant, Sébastien (1727). Botanicon Parisiense. Leide & Amsterdam: J. H. Verbeek and B. Lakeman. OCLC 5146641. 
  2. (Latin)Fries, Elias Magnus (1821). Systema Mycologicum I. Gryphiswaldiae: Ernesti Mauritii. OCLC 10717479. 
  3. (Latin)Persoon, Christian Hendrik (1797). Tentamen Dispositionis Methodicae Fungorum. Lipsiae: P.P. Wolf,. OCLC 19300194. 
  4. (Latin)Persoon, Christian Hendrik (1801). Synopsis Methodica Fungorum. GÖttingen: H. Dietrich. OCLC 28329773. 
  5. Donk, M.A. (June 1962). "On Secretan's Fungus Names". Taxon 11 (5): 170–173. 
  6. Demoulin, V. (November 1974). "Invalidity of Names Published in Secretan's Mycographie Suisse and Some Remarks on the Problem of Publication by Reference". Taxon 23 (5/6): 836–843. 
  7. Jordan & Wheeler. ms109
  8. 8.0 8.1 Bresinsky A, Besl H. (1990). A Colour Atlas of Poisonous Fungi. Wolfe Publishing. ms. 26–9. ISBN 0-7234-1576-5. 
  9. Jordan & Wheeler. p99
  10. 10.0 10.1 Zeitlmayr. p61
  11. Jordan, Michael (1995). The Encyclopedia of Fungi of Britain and Europe. David & Charles. ms. 198. ISBN 0-7153-0129-2. 
  12. "California Fungi: Amanita phalloides". MykoWeb.com. Diperoleh pada June 01.  Unknown parameter |accessyear= ignored (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]