Cendol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Cendol di Singapura
Cendol di Malaysia

Cendol ialah sejenis minuman pencuci mulut yang boleh dijumpai di negara-negara Asia Tenggara.

Ramuan[sunting | sunting sumber]

Ramuan asas cendol terdiri daripada santan, jeli hijau (pewarna pandan), pulut, ais dan gula melaka. Selain daripada bahan asas ini, cendol boleh ditambah bahan lain seperti kacang merah, pulut, jeli hitam, dan jagung bergantung kepada selera penjamunya.

Bahan utama cendol iaitu jeli hijau dibuat dari tepung beras yang dicampur dengan air jernih daripada mendapan kapur sirih. Air perlu dimasak sehingga menggelagak dan dikacau hingga cair tapi pekat. Setelah itu campuran tadi dimasukkan ke tin yang ditebuk seperti siraman hujan. Campuran yang pekat tadi ditekan untuk keluar melalui lubang tersebut dan dibiarkan sejuk didalam bekas air yang disediakan di bawah bekas berlubang tersebut. Jeli ini boleh diwarnakan dengan hijau (warna pandan) tetapi ia boleh juga diwarnakan mengikut warna kesukaan masing-masing. Cara penyediaan tradisi jeli biasanya diwarnakan dengan air daun pandan. Ia dihidangan bersama ais, air gula melaka dan santan. Tetapi ditambahkan pula dengan pulut dan susu isian manis.ianya enak juga dimakan dengan buah-buahan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

There is a popular belief in Indonesia that the name "cendol" is related to, and originated from, the word jendol; in Javanese , Sundanese and Indonesian, jendol means "bump" or "bulge", in reference to the sensation of drinking and swallowing the green worm-like rice flour jelly. [3] In Vietnam, this worm-like rice flour concoction is called bánh lọt or "fall through cake". Bánh lọt is a common ingredient in a Vietnamese dessert drink called chè , or more commonly chè ba màu. In Thailand it is called lot chong ( Thai: ลอดช่อง) which can be translated as "gone through a hole", indicating the way it is made by pressing the warm dough through a sieve into a container of cold water. [4] In Burma it is known as mont let saung or မုန့်လက်ဆောင်း. In Cambodia, it is known as lot .

Menurut penyuntng journal makanan Cina, Flavor and Fortune, Jacqueline M. Newman, hidangan cendol memiliki cita rasa Malaysia, mengaitkan kaitan antara jeli dan kacang dalam air batu campur dengan bahan halo-halo ("campur-campur") di Filipina. Dia turut menambah bahawa perhubungan antara Filipina dan negara di Asia Tenggara agak tinggi sekitar 1500-an.[1]

Di Malaysia, sesetengah pembuat cendol telah menghasilkan cendol selama tiga generasi sejak 1920-an sehingga sekarang, satu tempoh 90 tahun. [2] Cendol sangat digemari masyarakat Malaysia kerana cuaca dan iklim negara Malaysia yang panas.Terdapat pelbagai restoran dan kedai makan yag menyediakan cendol di serata Malaysia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]