Centrex

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Centrex digunakan pada telefon.

Centrex atau Centralise Exchange Services adalah satu produk telekomunikasi. Fungsi Centrex adalah sebagai satu alat penukaran berpusat bagi sesuatu urusan perniagaan dan ia juga merupakan sebagai talian telefon alternatif. Centrex merupakan perkhidmatan telefon untuk perniagaan yang memberi kemudahan ciri-ciri perhubungan cekap dan berguna. Pelanggan dapat berhubung secara langsung dengan setiap sambungan dan dengan itu dapat mengurangkan kesesakan talian di pejabat. Pelanggan tidak perlu membeli peralatan suis kerana perkhidmatan ini berfungsi sepenuhnya dari ibusawat telekomunikasi. Segala penyelenggaraan peralatan dan talian akan dilaksanakan oleh pembekal rangkaian telefon.

Salah satu syarikat pembekal perkhidmatan Centrex di Malaysia ialah Telekom Malaysia.

Fungsi[sunting | sunting sumber]

Centrex berfungsi seperti sistem PABX tetapi kebanyakan fungsinya akan dilaksanakan oleh pembekal talian di ibusawat telekomunikasi. Oleh yang demikian, pelanggan Centrex tidak perlu lagi menyediakan peruntukan untuk membeli atau membaik pulih peralatan PABX.

Bagi mendapatkan perkhidmatan Centrex, kesemua sambungan telefon akan dihubungkan terus ke ibusawat telekomunikasi yang berhampiran. Gambar rajah menunjukkan bagaimana sistem PABX dan sistem Centrex beroperasi.[1]

Jenis kategori panggilan[sunting | sunting sumber]

Sistem Centrex mempunyai fungsi untuk mengawal penggunaan talian telefon. Kaedah pengawalan yang digunakan adalah seperti jenis kategori panggilan yang membenarkan panggilan boleh dibuat meliputi had-had yang ditentukan sahaja.

Jadual menunjukkan satu contoh kategori panggilan yang dibekalkan pada sistem Centrex:

Kategori Had panggilan
A0 Tiada had panggilan (termasuk panggilan antarabangsa)
A1 Panggilan tempatan dan panggilan nasional (panggilan dalam Malaysia)
B0 Panggilan tempatan dan panggilan ke kod kawasan yang sama
B1 Panggilan tempatan sahaja
C Panggilan antara sambungan dalaman sahaja

Jika pengguna kategori C ingin membuat panggilan nasional, pengguna kategori C mestilah meminta kebenaran mana-mana pengguna kategori A1 atau A0 terlebih dahulu sebelum membuat panggilan keluar. Oleh itu, panggilan keluar oleh pengguna kategori C dapat diketahui oleh seseorang yang lebih berkuasa.

Kelebihan Centrex[sunting | sunting sumber]

Sistem Centrex mempunyai beberapa kelebihan berbanding talian telefon biasa, antaranya ialah:

  1. pindah panggilan, panggilan menunggu, dail ringkas.
  2. Setiap talian boleh berfungsi sebagai talian terus dan sambungan - Ini dapat mengurangkan kesibukan telefonis melayani panggilan keluar/ masuk.
  3. Mempunyai kemudahan Direct Inward Dailing (DID) di mana boleh memanggil terus ke setiap pengguna tanpa melalui telefonis.
  4. Penggunaan adalah fleksibel, tidak terhad dan boleh dirancang mengikut keperluan pelanggan.
  5. Tidak melibatkan kos pembelian dan penyelenggaraan sistem PABX kerana semua sistem beroperasi di ibusawat.
  6. Dapat mengelakkan panggilan yang tidak terjawab melalui kemudahan-kemudahan yang disediakan seperti pindah panggilan, panggilan menunggu.
  7. Perkhidmatan ini juga boleh di sambung pada mesin faks.
  8. Perkhidmatan Centrex tidak akan terganggu sekiranya berlaku power failure

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ CENTREXBUS, Take Your Business Further With Centrex, Telekom Malaysia Berhad, 2005.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]