Cerpelai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Cerpelai
Cerpelai Kerdil Biasa,
Helogale parvula
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mamalia
Order: Carnivora
Suborder: Feliformia
Keluarga: Herpestidae
Bonaparte, 1845
Sinonim
  • Cynictidae Cope, 1882
  • Herpestoidei Winge, 1895
  • Mongotidae Pocock, 1919
  • Rhinogalidae Gray, 1869
  • Suricatidae Cope, 1882
  • Suricatinae Thomas, 1882

Cerpelai (Herpestidae) ialah famili kepada 33 spesies mamalia karnivor kecil dari selatan Eurasia dan tanah besar Afrika.

Pemakanan[sunting | sunting sumber]

Cerpelai lazimnya memakan serangga, ketam, cacing tanah, biawak, ular, ayam, dan rodensia. Namun, mereka juga makan telur dan bangkai.

Cerpelai Jawa dan yang lain sering digunakan untuk melawan dan membunuh ular berbisa, termasuk ular tedung. Cerpelai dapat melakukan ini kerana kelincahan dan kecerdikannya, dan bulu tebal. Namun ia biasanya mengelakkan tedung dan tidak berapa tertarik dengan dagingnya.[1]

Beberapa spesies cerpelai dapat belajar helah mudah. Mereka dapat dijinakkan dan dipelihara sebagai haiwan kesayangan untuk mengawal binatang perosak. Namun, mereka dapat lebih merosakkan lebih daripada yang dikehendaki: ketika diimport ke Hindi Barat untuk membunuh tikus dan ular, mereka memusnahkan sebahagian besar fauna kecil berasaskan tanah. Atas sebab ini, adalah haram untuk mengimport sebahagian besar jenis cerpelai ke Amerika Syarikat,[2] Australia, dan negara-negara lain. Cerpelai diperkenalkan ke Hawaii pada tahun 1883, dan telah mempunyai pengaruh negatif ketara terhadap spesies asli.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Arnoldo Mondadori, ed (1988). Great Book of the Animal Kingdom. New York: Arch Cape Press. m/s. 301. 
  2. "Animals whose importation is banned under the Lacey Act". http://news.fws.gov/newsreleases/LACYBANS.html. Capaian 2006-04-12. 
  3. "Star Bulletin: Traps set to catch mongoose on Kauai". http://starbulletin.com/2004/02/25/news/story7.html. Capaian 2006-04-12.