Cerpelai Makan Ketam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Cerpelai Makan Ketam
Status pemuliharaan: Berisiko rendah (lc)
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Subfilum: Vertebrata
Kelas: Mamalia
Order: Carnivora
Famili: Viverridae
Genus: Herpestes
Spesies: H. urva
Binomial: Herpestes urva


Cerpelai Makan Ketam (bahasa Inggeris: Crab-eating Mongoose) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Herpestes urva.

Sungguhpun nama biasa mereka Cerpelai Makan Ketam, permakanannya bukah khusus kepada ketam, tetapi juga kepada semua yang dapat ditangkap mereka, termasuk ikan, siput, katak, tikus, burung, reptilia, dan serangga.

Mereka adalah haiwan nocturnal, perenang yang baik, dan menghabiskan banyak masa dalam atau berhampiran air atau tanah lembab.

Taburan[sunting | sunting sumber]

Cerpelai Makan Ketam (Herpestes urva) merupakan spesies cerpelai yang terdapat di barat laut India, Nepal, Myanmar, selatan China, dan sepanjang Asia Tenggara, termasuk negara Malaysia, Taiwan, Laos, Thailand dan Vietnam.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Cerpelai Makan Ketam adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrat), kelas Mamalia. Dalam aturan : Carnivora, tergolong dalam keluarga :Viverridae. Cerpelai Makan Ketam adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan.

Ia biasanya bewarna kelabu, dengan jalur putih lebar pada leher dari pipi hingga pada bahagian dada. Pada lehernya kelabu logam dengan hujung bewarna putih, memberikan penampilan beruban (garam dan lada sulah). Kaki belakangnya mempunyai tapak yang agak berbulu tebal. Ekornya pendek dengan warna sekata dan hujung lebih putih.

Jantung Cerpelai Makan Ketam terdiri daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Sebagai mamalia, Cerpelai Makan Ketam berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan. Cerpelai Makan Ketam akan menjaga anaknya sehingga mampu berdikari.

Pengekalan[sunting | sunting sumber]

Tidak diketahui.

Rujukan[sunting | sunting sumber]



Senarai mamalia
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z