Challenger 2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
FV 4034 Challenger 2
Challenger II.jpg
Kereta kebal utama, Challenger 2.
Jenis Kereta kebal utama
Asal Bendera United Kingdom United Kingdom
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan 1998 - sekarang
Digunakan oleh Tentera Darat Diraja British
Tentera Darat Diraja Oman
Perang Perang Iraq
Sejarah pengeluaran
Pengeluar Alvis Vickers
Kos seunit AS$7.9 juta (£4 juta)[1]
Tarikh pengeluaran 1993 - 2002
Jumlah dibina 424 buah
Spesifikasi
Berat 62.5 tan
Panjang 8.3 m (11.50 m termasuk meriam)
Lebar 3.5 m (4.2 m termasuk plat armor)
Tinggi 2.5 m
Krew 4 (komander, penembak, pengisi peluru, pemandu

Perisai Chobham/Dorchester Tahap 2 (rahsia)
Senjata
utama
Meriam berpilin 120 mm L30A1
dengan 52 butir peluru
Senjata
kedua
Meriam berantai sepaksi 7.62 mm L94A1 EX-34,
Mesingan kupola komander 7.62 mm L37A2
Enjin Enjin diesel Perkins CV-12
1,200 hp (895 kW)
Kuasa/berat 19.2 hp/tan
Sistem
ampaian
hydropneumatic
Jarak
operasi
450 km (279 batu)
Kelajuan 59 km/j (37 bsj)


FV4034 Challenger 2 adalah kereta kebal utama (MBT) yang sedang berkhidmat dengan angkatan tentera darat British dan Oman. Ia telah dibina oleh firma British iaitu Vickers Defence Systems (sekarang sebahagian daripada BAE Systems Land and Armaments). Pengeluarnya telah mengwar-warkan Challenger 2 sebagai kereta kebal utama yang paling dipercayai di dunia[2] walaubagaimanapun operasi ketenteraan di padang pasir mendedahkan masalah-masalah ketara yang perlu diberi perhatian.[3] Sehingga bulan Januari 2008, 2 buah kereta kebal Challenger 2 telah mengalami kerosakan dan sebuah telah dimusnahkan (ditembak oleh kereta kebal Challenger II yang lain) semasa pertempuran.

Challenger 2 adalah hasil daripada reka bentuk semula secara ekstensif kereta kebal Challenger 1. Keseluruhan kereta kebal Challenger II adalah baru kecuali rekaan asas badan dan bahagian automotif yang diambil dari Challenger I. Kurang dari 5% komponennya boleh ditukar ganti dengan kerete kebal Challenger I.

Challenger 2 pada masa sekarang telah mengantikan Challenger 1 dalam perkhidmatan dengan Tentera Darat Diraja British dan juga telah digunakan oleh Tentera Darat Diraja Oman. British telah membuat pesanan sejumlah 127 buah kereta kebal Challenger 2 dalam tahun 1991 dan tambahan 259 buah pada tahun 1994. Oman pula memesan sebanyak 18 buah pada tahun 1993 dan tambahan 20 buah lagi pada bulan November 1997. Challenger 2 telah memasuki perkhidmatan dengan Tentera Darat Diraja British Army pada tahun 1998, dengan unit terakhir telah dihantar pada tahun 2002. Ia dijangka akan berkhidmat sehingga tahun 2035. Penghantaran untuk negara Oman telah disempurnakan pada tahun 2001. Challenger 2 telah digunakan dalam perkhidmatan operasi di Bosnia, Kosovo dan Iraq sejak tahun (2003–sekarang).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]