Chang'an

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 34°16′N 108°54′E / 34.267°N 108.900°E / 34.267; 108.900

Mural abad ke-8 menunjukkan menara Que 闕 di sepanjang tembok Chang'an era-Tang

Chang'an Mengenai audio inidengarkan  (Cina Ringkas: 长安; Cina Tradisional: 長安; pinyin: Cháng'ān; Wade-Giles: Ch'ang-an) ialah ibu negara kuno/purba bagi lebih 10 dinasti dalam sejarah China. "Chang'an" bererti "kedamaian abadi" dalam bahasa Mandarin. Semasa zaman Ming, namanya ditukar kepada Xi'an, bermakna "Kedamaian Barat", dan kekal sehingga hari ini.

Lokasi bandar diraja Chang'an pada masa Dinasti Han terletak di bahagian barat laut Xian, Shaanxi sekarang ini. Manakala lokasi Chang'an di masa Dinasti Tang termasuk daerah dalam tembok Xian, bahagian kecil di timur, barat dan bahagian utama dari subbandar selatan bandar Xian moden. Justeru itu, Chang'an Tang lapan kali lebih besar dari Xi'an Ming yang dibangunkan kembali berdasarkan kota diraja empayar Dinasti Sui dan Dinasti Tang. Chang'an pada zaman Dinasti Tang merupakan antara bandar terbesar dan terpadat di dunia.

Zaman Han[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]