Chang'e 1

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kapal angkasa lepas Chang'e 1

Chang’e 1 (disebut chang-uh, [tʂɑ̌ŋ.ɤ̌]; Cina ringkas: 嫦娥一号pinyin: Cháng'é yī hào) ialah sebuah kapal angkasa lepas robotik (tidak membawa manusia) dari negara China yang mengorbit Bulan. Kapal ini sebahagian daripada fasa pertama program China untuk meneroka Bulan. Kapal angkasa ini diberi nama sempena nama dewi Bulan orang Cina, Chang'e.

Chang'e 1 dilancarkan pada 24 Oktober 2007 pada 10:05:04 Waktu Universal Selaras (UTC) dari Pusat Pelancaran Satelit Xichang.[1] Kapal angkasa melepasi orbit pemindahan qamari pada 31 Oktober dan memasuki orbit qamari pada 5 November.[2] Gambar pertama Bulan dikirim pada 26 November 2007.[3] Sebuah peta seluruh perkumakaan qamari yang dibuat daripada data yang dikumpul Chang'e 1 antara November 2007 dan Julai 2008 telah disebarkan pada 12 November 2008.[4][5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.