Chanpurū

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gōyā Chanpurū
Sōmin Chanpurū

Chanpurū (チャンプルー?) adalah masakan khas Okinawa berupa tumisan sayur-sayuran dengan telur ayam, tauhu, atau sering ditambah daging babi dalam tin (spam). Ramuan berupa garam, kicap, dan sedikit lada. Salah satu jenis masakan chanpurū yang paling dikenali adalah Gōyā Chanpurū (sayur goreng peria). Dalam bahasa Ryukyu, "chanpuru" bermaksud "campur aduk".

Antara sayuran yang boleh dimasak sebagai chanpurū adalah peria, kubis, bawang bombay, lobak, shiitake, tauge, dan kucai. Selain telur ayam, chanpurū sering menggunakan daging babi (daging babi dalam tin dan ikan tuna dalam tin. Selain itu, somen dan tauhu sering menjadi bahan utama chanpurū. Garam dan kicap tidak lagi ditambah apabila memasak chanpurū yang ditambah daging babi tin yang rasanya sudah masin.

Ada pelbagai penjelasan tentang asal-usul nama masakan ini. Penjelasan yang sering dikutip mengatakan perkataan "chanpurū" yang berasal dari perkataan "campur" dalam bahasa Melayu.[1] Walaupun begitu, perbendaharaan kata bahasa Jepun mempunyai istilah "champon" yang bermaksud "mencampur" atau "masakan campur aduk".[2] Dalam bahasa Mandarin, "chān" ( ) juga bererti "mencampur".

Orang Okinawa sangat bangga dengan budaya Ryukyu yang bercampur-aduk dengan kebudayaan asing dari Asia Tenggara, Cina, dan Amerika. Budaya Okinawa disebut orang Okinawa sebagai budaya chanpurū (chanpurū bunka).

Variasi[sunting | sunting sumber]

Dari nama bahan utama, terciptalah pelbagai jenis masakan champurū.

  • Gōyā chanpurū (orak-arik peria)
Bahan utama adalah peria dengan tambahan tauhu, daging babi tin (spam) atau ikan tuna dalam tin untuk mengatasi rasa pahit peria. Tauhu yang digunakan adalah tahu Okinawa yang keras dan tidak mudah hancur.
  • Tamanā chanpurū (campuran kubis dan bawang bombay)
Bahan utama adalah bawang bombay dan kubis, dan biasanya tidak menggunakan tauhu atau daging babi.
  • Māminā chanpurū (campuran tauge)
Bahan utama adalah tauge, dan biasanya tidak memakai tahu atau daging babi.
  • Papayā chanpurū (campuran betik)
Bahan utama adalah betik muda yang dihiris seukuran batang korek api.
  • Nābērā chanpurū (campuran petola)
Bahan utama adalah petola muda yang ditumis dengan tauhu dan daging babi.
  • Yasai chanpurū (campuran sayuran)
Aneka ragam sayuran seperti tauge, lobak, shiitake ditumis dengan tauhu dan daging babi.
  • Tōfu chanpurū (campuran tauhu)
Bahan utama adalah tauhu dengan sedikit sayuran, dan biasanya tidak memakai daging babi.
Fū chanpurū
Bahan utama adalah fū (makanan kering dari gluten) yang ditumis dengan sayuran setelah disebatikan dengan air atau campuran telur ayam.
  • Sōmin chanpurū (campuran somen)
Setelah direbus setengah matang, somen ditumis dengan kucai, daun bawang. Masakan jenis ini sering juga ditambahkan daging babi atau ikan tuna dalam tin.
  • Irichi
Irichi adalah masakan serupa chanpurū. Bila menggunakan kombu maka disebut Kūbu Irichi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Chanpurū shokubunka". Doraku asahi.com. Diperolehi pada 12 Januari.  Unknown parameter |accessyear= ignored (bantuan);
  2. Sanseidō kokugo jiten (edisi ke-Ed.3). Sanseidō. 1982. ISBN 4-385-13187-2. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]