Chantal Jones

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Heather Chantal Jones
Chantal Jones
Nama penuh Heather Chantal Jones
Tarikh Lahir 8 September 1988
Bintang virgo
Tempat lahir Austin,Texas
Tinggi 8' 0'
Warna Rambut Blond
Warna mata Biru
Ukuran (AS) 34-25-35
(EU) 86.5-63.5-89<
Saiz Baju (AS) 6 ; (EU) 36
Saiz Kasut (AS) 9 ; (EU) 41
Agensi Nous Model Management,
L.A. Models,
62 Models & Talent
Nama Gelaran Chantal

Heather Chantal Jones (lahir 8 September 1988 di Austin, Texas), lebih dikenali sebagai Chantal Jones, adalah seorang model Amerika Syarikat. Chantal adalah naib juara America's Next Top Model Musim 9 pada tahun 2007.

Sebelum America's Next Top Model[sunting | sunting sumber]

Chantal menyatakan bahawa sebelum beliau sering dihina kerana memiliki susuk tubuh yang kurus dan kulit muka yang buruk semasa kecil. Chantal adalah seorang pelajar sebelum menghadiri ujibakat ini.

America's Next Top Model[sunting | sunting sumber]

Chantal mungkin dikenali melalui sifatnya periang, dan wajah gadis Amerika yang tipikal. Setiap gambar yang diambil sepanjang pertandingan ini sentiasa mendapat kata pujian dari juri, dan dia hanya muncul di dua tangga terbawah cuma sekali. tyra memberi komen bahawa Chantal telah mengingatkannya kepada satu daripada supermodel amerika moden yang terkenal,Cheryl Tiegs.Chantal telah berjaya merebut tempatnya di dalam dua model terakhir, bersama rakan seperjuangannya Saleisha Stowers. Semasa cabaran peragaan yang terakhir di Beijing, China, dia berdepan dengan pelbagai kesukaran apabila kaki bajang yang dipakai oleh penghibur yang menyerikan persembahan peragaan fesyen itu telah tersandung pada deretan kain gaun yang sedang diperagakannya, yang dimana membuatkan dirinya gugup ketika itu. Pada sesi penilaian yang terakhir oleh juri, juri menyatakan bahawa Chantal adalah high-fashion appeal, tetapi juga kagum terhadap peragaan dan liuk lenggok yang ditonjolkan oleh Saleisha. Saleisha Stowers akhirnya memenangi bagi pertandingan itu, tetapi Chantal berkata bahawa dia akan tetap mencapai impiannya."