Charing Cross Road

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Charing Cross Road, London, memandang utara dari persimpangan dengan Cranbourn Street

Charing Cross Road ialah sebatang jalan London yang memanjang betul-betul di utara St Martin-in-the-Fields ke St Giles' Circus (persimpangan dengan Jalan Oxford) dan kemudian menjadi Tottenham Court Road. Ia juga digelar begitu kerana ia mengkhidmat stesen keretapi Charing Cross (dinamakan bersempena Charing Cross yang berhampiran).

Charing Cross Road telah dimajukan, bersama dengan Shaftesbury Avenue, oleh Metropolitan Board of Works di bawah suatu Akta Parlimen 1877 pada kos £778,238. Kedua-dua jalan ini dan jalan lain seperti Thames Embankment, Northumberland Avenue, Kingsway dan Aldwych telah dibina untuk memperbaiki laluan kenderaan melalui pusat London. Ia menggabungkan laluan dari beberapa jalan yang lama.[1]

Charing Cross Road terkenal dengan kedai buku pakar dan terpakai. Bahagian dari stesen tiub Leicester Square ke Cambridge Circus adalah kawasan kedai-kedai buku pakar, dan kedai terpakai dan antik lebih umum seperti Quinto Bookshop, Henry Pordes dan Any Amount of Books. Kebanyakan dari kedai ini terletak di tingkat bawah blok yang dimiliki oleh sebuah persatuan perumahan, yang mengambil keputusan pada 2001 untuk menaikkan sewa secara mendadak bagi menghampiri aras pasaran. Ini ditentang oleh para peniaga buku, yang merasakan mereka menyediakan perkhidmatan berharga dan menyumbang kepada sifat unik kawasan tersebut, dan tidak patut diperlakukan sedemikian oleh sebuah badan bukan-bertujuan-untung. Hujah balas pertubuhan ialah jika penjual buku tidak membayar harga pasaran bermakna mereka disubsidi oleh para penyewa berpendapatan rendah. Para penjual buku berjaya menarik sokongan orang ramai dan kenaikan harga sewa berjaya dikurangkan. Meskipun begitu, beberapa kedai buku tetap ditutup, termasuk Silver Moon, yang tampaknya merupakan kedai buku minat wanita terbesar Eropah, yang menjadi sebahagian daripada Foyles. Baru-baru ini pula, kedai buku seni Zwemmers dan Shipley tutup pada Disember 2008 manakala Murder One pada 2009. Kedai buku terpakai dan antik pakar lebih kecil boleh didapati di Cecil Court yang bersebelahan.

Kedai buku Foyles di bahagian barat Charing Cross Road. (Januari 2006)

Bahagian utara di antara Cambridge Circus dan Oxford Street mempunyai kedai buku lebih umum seperti Foyles, Borders dan Blackwell's. Surat-menyurat berlarutan antara penulis dari New York Helene Hanff dan kakitangan sebuah kedai buku di sini, Marks & Co., merupakan ilham kepada buku 84 Charing Cross Road (1970). Buku ini dipadankan kepada sebuah filem 1986 dengan Anne Bancroft dan Anthony Hopkins dan juga kepada sebuah drama teater dan drama radio BBC. 84 Charing Cross Road sudah tidak menjadi kedai buku lagi kini.

Tempat muzik Astoria terletak di sini, sama juga dengan salah satu tapak Central Saint Martins College of Art and Design, serta kedai muzik di Denmark Street (dikenali sebagai Tin Pan Alley Britain). Beberapa teater terletak berhampiran, seperti Phoenix Theatre yang pintu masuknya terletak di Phoenix Street bersebelahan.

Satu ciri tempatan menarik boleh ditemui di tengah Charing Cross Road di simpangnya dengan Old Compton Street. Di bawah jerejak pulau trafik di tengah jalan, isyarat jalan lama bagi Little Compton Street yang tidak lagi wujud boleh dilihat. Jalan ini dahulu menyambungkan Old Compton Street dengan New Compton Street.

Di tepi hujung selatan jalan ini ialah sebuah patung Edith Cavell. Ke arah hujung utara pula ialah Phoenix Garden - sebuah taman alam sekitar yang dikelolakan penduduk tempatan.

Dalam buku Harry Potter, pub Leaky Cauldron terletak di Charing Cross Road.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. The Buildings of England, London 6: Westminster, (2003) oleh Simon Bradley dan Nikolaus Pevsner, m/s 401. ISBN 0-300-09595-3

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 51°30′42″U 0°07′39″B / 51.51167°U 0.1275°B / 51.51167; -0.1275