Charles Marlow

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Charles Marlow ialah watak berulang dalam karya penulis novel Bahasa Inggeris kelahiran Poland, Joseph Conrad. Marlow ialah alter ego (personaliti kedua seseorang) Conrad; kedua-duanya pelayar pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, sewaktu kemuncak imperialisme British. .

Marlow mengisahkan beberapa karya terkenal Conrad. Watak Marlow menceritakan novel-novel Conrad Tuan Jim, ("Lord Jim"), Nasib ("Chance"), serta kisah tersarang (framed narrative), Pusat Kegelapan ("Heart of Darkness") dan cerpen Remaja ("Youth"). Namun, cerita-cerita tidak dikisahkan sepenuhnya dari sudut pandang Marlow. Juga terdapat pengisah serba tahu (omniscient narrator) yang memperkenalkan Marlow dan beberapa watak lain. Kemudian, setelah diperkenalkan, Marlow terus mengisahkan cerita sebenar, dengan itu mewujudkan kesan cerita-dalam-cerita.

Ilham[sunting | sunting sumber]

Nama Marlow mungkin diilhamkan oleh Christopher Marlowe, seorang penulis drama zaman Ratu Elizabeth I. Bapa Conrad seorang penterjemah karya-karya William Shakespeare yang sudah tentunya maklum akan karya Marlowe. Beberapa tafsiran inter-teks Pusat Kegelapan membayangkan karya Marlowe Sejarah Tragik Doktor Faustus ( "The Tragical History of Doctor Faustus" ) mungkin mempengaruhi Conrad.

Nota[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Orr, Leonard; Billy, Ted (1999), A Joseph Conrad Companion, Westport, Conn.: Greenwood Press, ISBN 0-313-29289-2 
  • Ray, Sid (June 2006), Marlow(e)'s Africa: postcolonial queenship in Conrad's Heart of Darkness and Marlowe's Dido, Queen of Carthag, Conradiana 
  • Stape, John Henry (1996), The Cambridge Companion to Joseph Conrad, Cambridge: Cambridge University Press, ISBN 0-521-48484-7