Chawanmushi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Chawanmushi

Chawanmushi (茶碗蒸し kukusan mangkuk?) adalah makanan Jepun yang dibuat daripada campuran telur ayam dan dashi yang dikukus di dalam mangkuk. Makanan ini dihidangkan bersama mangkuknya dan dimakan sebagai makanan pembuka selera.

Di dasar mangkuk diletakkan penyedap rasa seperti daun mitsuba, cendawan shiitake, biji ginkgo biloba yang sudah dikupas, kamaboko, udang, atau daging ayam. Campuran telur dan dashi dituangkan secara perlahan-lahan ke dalam mangkuk agar tidak terbentuk buih.

Cara membuat dan cara mengukus memerlukan perhatian di dalam Chawanmushi yang sudah masak tidak wujud buih. Telur dicampur dengan dashi dengan dikacau secara tidak berlebihan. Tutup kukusan dengan beralaskan kain dan harus direnggangkan sedikit sewaktu mengukus agar telur tidak menjadi terlalu keras.

Chawanmushi sudah terkenal di Jepun sejak zaman kuno. Makanan ini merupakan hidangan semua musim, dihidangkan secara sejuk ketika musim panas atau dihidangkan panas-panas ketika musim sejuk. Tekstur Chawanmushi yang lembut seperti puding kustard senang dimakan anak-anak dan orang tua.

Chawanmushi yang di dalamnya dicampur udon disebut Odamaki mushi (Odamaki udon).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

(Inggeris) Resepi Chawanmushi