Cheick Modibo Diarra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cheick Modibo Diarra
Perdana Menteri Mali
Memangku
Dalam jawatan
17 April 2012 – 11 Disember 2012
PresidenDioncounda Traoré (Memangku)
Didahului olehCissé Mariam Kaïdama Sidibé
Digantikan olehDjango Sissoko (Memangku)
Butiran peribadi
Lahir1952 (umur 71–72)
Nioro du Sahel, Sudan Perancis
(kini Mali)
Parti politikRally for Development in Mali
Alma materUniversiti Pierre-dan-Marie-Curie
Universiti Howard

Cheick Modibo Diarra (lahir 1952) ialah seorang ahli astrofizik, ahli perniagaan dan ahli politik Mali yang menjadi pemangku Perdana Menteri dari April hingga Disember 2012.

Cheick Modibo Diarra dilantik sebagai Perdana Menteri Mali sementara pada 17 April 2012 bagi mengembalikan pemerintahan awam selepas rampasan kuasa pada bulan Mac.[1] Selain kementerian pertahanan, keselamatan dalam negeri dan pentadbiran wilayah, kabinetnya terdiri daripada teknokrat. Tiga jawatan itu disandang pegawai yang mempunyai hubungan dengan tentera.[2] Pada 11 Disember 2012, Diarra meletak jawatan dalam satu siaran televisyen pada 4 a.m. waktu tempatan, beberapa jam selepas askar-askar yang menyertai rampasan kuasa Mali 2012 menahan beliau di rumahnya di Bamako.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Mali names Microsoft Africa chief as interim PM". Reuters. 17 April 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-19. Dicapai pada 17 November 2012.
  2. ^ "Mali's interim PM forms government", Agence France-Presse, 25 April 2012.
  3. ^ "Mali PM Cheik Modibo Diarra resigns after army arrest". BBC. Dicapai pada 11 Disember 2012.
Jawatan politik
Didahului oleh
Cissé Mariam Kaïdama Sidibé
Perdana Menteri Mali
Memangku

2012
Diikuti oleh:
Django Sissoko
Memangku