Chelsia Ng

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Chelsia Ng
Lahir Chelsia Ng
25 Disember 1981 (umur 30)
Bendera Malaysia Pulau Pinang
Tinggi 168cm

Chelsia Ng ialah seorang pelakon dan penyanyi dari Malaysia.

[sunting] Biografi

Anak Pulau Pinang ini mula menceburi persada seni dengan menyanyikan lagu Empty Decorations bersama Douglas Lim bagi siri komedi berbahasa Inggeris tempatan, Kopitiam. Tidak lama kemudian wajah beliau muncul dalam siri yang sama sebagai watak Rain, pembantu kedai gunting rambut milik watak Steven (yang dipegang Lim).

Selain Kopitiam beliau juga menjadi seorang daripada barisan pelakon utama komedi Cina tempatan Homecoming serta pemegang watak sampingan dalam Tin Gei Bin.

Ng muncul buat kali pertama dalam layar besar dalam filem Salon yang dikeluarkan pada tahun 2005. Oleh sebab penglibatan beliau dalam filem itu, beliau dicalonkan untuk Anugerah Pelakon Wanita Pembantu Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-19 tahun kemudiannya.

Pada tahun 2006 Ng kembali ke lakonan televisyen dalam drama Realiti di 8TV, yang mana beliau memegang watak Melody. Beliau juga pernah ditampilkan sebagai juri undangan pertama di What Women Want.

Pada tahun 2008, beliau menyertai barisan pelakon drama Ghost dan Ampang Medikal.

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain