Chen Hong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ini merupakan nama orang dalam bahasa Cina; nama keluarganya ialah Chen.
Chen Hong
Replace this image male.svg
Maklumat peribadi
Tarikh lahir 28 November 1979 (34 tahun)
Tempat lahir wilayah Fujian
Tinggi 1.82 m (5 ka 11+1116 in)
Perseorangan lelaki
Negara Bendera China China
Tangan
kegemaran
Kanan
Ranking terkini 19 (26 Jun 2008)
BWF ID: 9689

Chen Hong (Bahasa Cina: 陈宏; pinyin: Chén Hóng; lahir 28 November, 1979 di wilayah Fujian) merupakan pemain badminton lelaki dari Republik China.

Chen bermain di Sukan Olimpik 2004 dalam perseorangan lelaki, menewaskan Kenneth Jonassen dari Denmark dan Lee Chong Wei dari Malaysia masing-masing id pusingan pertama dan kedua. Di pusingan suku akhir, Chen telah ditewaskan oleh Shon Seung-mo dari Korea Selatan 10-15, 15-4, 15-10. Dia memenangi Kejohanan Seluruh England 2 kali dan Terbuka China sekali. Pada tahun 2006, di Kejohanan Dunia Badminton dia mengalahkan Taufik Hidayat sebelum menuju ke peringkat suku akhir. Dia mengakhiri permainan hanya di peringkat separuh akhir apabila ditewaskan dengan rakan senegaranya yang lebih muda, Lin Dan. Dia merancang untuk berkahwin dan ingin mengakhiri kariernya sebagai pemain badminton di penghujung tahun 2007.