Chengyu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Chéngyǔ (Cina Tradisional: 成語, Cina Ringkas: 成语, "ungkapan kumpulan") atau peribahasa Cina ialah sejenis ungkapan peribahasa tradisional, yang kebanyakannya terdiri daripada empat aksara Cina. Chengyu laris digunakan dalam bahasa Cina Klasik dan masih biasa dijumpai dalam penulisan bahasa Cina Vernakular dan pertuturan Bahasa Cina hari ini. Mengikut definisi yang paling ketat sekali, terdapat 5,000 chengyu dalam bahasa Cina, namun sesetengah kamus menyenaraikan lebih 20,000.

Kebanyakan chengyu terbit daripada hasil sastera kuno. Erti sesuatu patah chengyu biasanya menjangkaui gabungan erti-erti yang dibawa keempatempat aksara tersebut, kerana chengyu sering berkait rapat dengan mitos, kisah atau fakta sejarah yang menimbulkan ungkapan itu. Oleh itu, chengyu tidak menurut struktur dan sintaks tatabahasa biasa dalam pertuturan bahasa Cina, sebaliknya amat padat dan sintetik.

Chengyu secara sendirinya selalunya sukar difahami dalam bahasa Cina moden, dan apabila pelajar di China belajar chengyu di sekolah sebagai sebahagian kurikulum bahasa Klasik, mereka juga perlu mengkaji konteks yang melahirkan chengyu itu. Selalunya empat aksaranya mencerminkan moral di sebalik kisah dan bukan kisah itu sendiri.

Contohnya, " 井底之蛙" (jǐng dǐ zhī wā) secara harfiahnya bermaksud "katak di bawah perigi". Ungkapan ini diterbit daripada pepatah oleh Zhaungzi yang berbunyi: " 井鼃不可以語於海者,拘於虛也" (Seekor katak di dasar perigi tidak dapat terkata-kata apa itu lautan, selain percaya bahawa lautan itu sekadar khayalan.) Peribahasa ini serupa dengan peribahasa Melayu "katak di bawah tempurung".

Satu lagi contoh ialah ungkapan " 破釜沉舟" [Mengenai bunyi ini dengar ] (pò fǔ chén zhōu) secara harfiahnya bererti "pecahkan kuali, kelamkan perahu." Ungkapan ini berdasarkan satu peristiwa bersejarah yang mana Jeneral Xiang Yu mengarahkan tenteranya memusnahkan segala perkakas masakan dan perahua setelah menyeberangi sungai ke dalam wilayah musuh. Beliau memenangi perang itu kerana dasar "jangan undur" beliau. Peribahasa ini tidak boleh digunakan dalam situasi kekalahan kerana kisah di sebaliknya tidak menceritakan kegagalan.

Contoh dalam bahasa Cina[sunting | sunting sumber]

Tiga contoh berikut menunjukkan bahawa erti sesuatu peribahasa menjadi amat berbeza dengan menukar satu aksara sahaja.

  • () () (qiān) (qiū) : "Sehari seribu musim luruh."
    • Penggunaan/Moral: membayangkan perubahan pesat; sehari bersamaan seribu tahun
  • () () (qiān) () : "Sehari seribu batu."
    • Penggunaan/Moral: membayangkan kemajuan pesat; berjalan seribu batu dalam sehari
  • () () (sān) (qiū) : "Sehari tiga musim luruh."
    • Penggunaan/Moral: amat merindui seseorang; sehari berlalu seolah-olah tiga tahun

Contoh dalam bahasa Jepun[sunting | sunting sumber]

Peribahasa empat aksara adalah satu teknik biasa untuk membentuk ungkapan atau peribahasa yang mudah diingati. Dalam bahasa Jepun, istilah 四字熟語 (yojijukugo) ( 四字 yoji empat aksara Cina + 熟語 jukugo peribahasa) sendiri juga adalah empat aksara. Kebanyakan peribahasa ini dipinjam dari bahasa Cina dan sama atau serupa ertinya dengan bahasa Cina. Istilah 故事成語 (koji bersejarah + seigo peribahasa) ialah peribahasa yang berasal daripada suatu catatan tertentu seperti sumbernya. Oleh itu, kebanyakan kojiseigo berasal daripada peristiwa bersejarah yang ditulis dalam bahasa Cina klasik. Contoh:

() (jaku) (bu) (jin) : "Bagaikan tiada orang di sisi(mu)."

(ki) (shō) (ten) (ketsu): "Mula, Sambung, Ubah, Tamat"

    • Sumber: Struktur tradisional untuk mengarang puisi Tang.

(ka) (chō) () (getsu): "Bunga, burung, angin, bulan"

    • Sumber: Kata rakyat

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai:
Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai: