Chew Sir Boon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Chew Sir Boon
周世抆
Pengerusi MCA Negeri Terengganu
Memegang jawatan
16 November 2018 - 22 Oktober 2023
PresidenWee Ka Siong
Didahului olehToh Chin Yaw
Presiden Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM) Kebangsaan
Dalam jawatan
26 Julai 2015 – 11 Ogos 2019
Digantikan olehAlex Ng Jun Fai
Presiden EMCO Malaysia
Dalam jawatan
1 Januari 2017 – 31 Disember 2017
Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia Malaysia
Dalam jawatan
26 Julai 2015 – 11 Ogos 2019
Ketua MCA Bahagian Kuala Terengganu
Dalam jawatan
2018–2022
PresidenWee Ka Siong
Pengerusi NegeriSendiri
Didahului olehToh Chin Yaw
Penasihat MCA Negeri Terengganu
Memegang jawatan
10 November 2023
Butiran peribadi
Lahir (1991-01-20) 20 Januari 1991 (umur 33)
Kuala Terengganu, Terengganu.
Kewarganegaraan Malaysia
Parti politik Barisan Nasional
Persatuan Cina Malaysia
KediamanKuala Ternegganu, Terengganu

Chew Sir Boon (Cina ringkas: 周世抆, Lahir 20 Januari 1991) merupakan ahli Politik Malaysia. Beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri Terengganu parti Persatuan Cina Malaysia (MCA) dari 16 November 2018 hingga 22 Oktober 2023 yang dilantik oleh Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong. Beliau kini juga pernah dilantik Naib Pengerusi Barisan Nasional Negeri Terengganu dan Ahli Majlis Presiden MCA serta Ahli Jawatankuasa Pusat MCA. Di peringkat bahagian, beliau pernah dilantik sebagai Ketua Bahagian MCA Kuala Terengganu[1].

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat pendidikan awal di SRJK (C) Chung Hwa Wei Sin dan SMK Chung Hwa Wei Sin Kuala Terengganu. Beliau kemudian melanjutkan pengajian tinggi dan memiliki Diploma Pengurusan di Universiti Pengurusan dan Sains (MSU) dan Diploma Lanjutan Pengurusan Perniagaan sebelum meneruskan pengajian Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan di University of West Scotland.

Aktif Di Dalam Pertubuhan Belia[sunting | sunting sumber]

Presiden Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM) Kebangsaan[sunting | sunting sumber]

Sebelum bergiat di dalam politik, beliau aktif di dalam pertubuhan belia. Pada tahun 2011, Beliau pernah menjadi Naib Presiden Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM) Kebangsaan dan Pengerusi Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM) Negeri Terengganu pada usia semuda 20 tahun. Pada Tahun 2015, beliau dipilih sebagai Presiden Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM) Kebangsaan. Beliau mencatat sejarah sebagai pemimpin termuda yang menjawat jawatan sebagai Presiden Pertubuhan Belia dalam sejarah Malaysia semejak kemerdeka.

Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia Malaysia[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah merupakan Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia Malaysia. Beliau pernah mewakili Malaysia ke Korea untuk menyertai Program Pertukaran Belia Asia.

Presiden Lapan Gabungan Pertubuhan Belia Cina Kebangsaan (EMCO)[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2017, beliau pernah menyandang jawatan sebagai Presiden Lapan Gabungan Pertubuhan Belia (EMCO) yang terdiri daripada Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM), Pertubuhan Gerakan Belia Bersatu Malaysia (GBBM), Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia, Persatuan Graduan Muda Malaysia (GRADUAN), Persatuan Belia Buddhist Malaysia, Persatuan Usahawan Maju Malaysia (PUMM), Persatuan Pemuda Kristian, JCI Kuala Lumpur Mandarin (JCIKLM).

Penglibatan dalam MCA[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah dilantik sebagai Ketua Biro Remaja MCA negeri Terengganu pada tahun 2009 sehingga 2014. Pada tahun 2014, beliau dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Organisasi MCA Negeri Terengganu. Pada pilihan parti MCA 2018, beliau memenangi jawatan ketua bahagian Kuala Terengganu. Pada 16 November 2018, Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong melantik beliau ketika berumur 27 tahun sebagai pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri Terengganu parti Persatuan Cina Malaysia (MCA)dan sekali gus merupakan Pengerusi Negeri Parti Politik yang termuda di dalam sejarah selepas kemerdekaan tahun 1957.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "周世抆促马华区会-团结一致与民同在". 南洋商报 (dalam bahasa Cina).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]