Chi Tu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Peta Kerajaan Chi Tu

Kerajaan Chi Tu atau Kerajaan Tanah Merah (Anggaran dari 100 SM hingga 700 M) merupakan sebuah kerajaan Buddha purba di Semenanjung Melayu. Sejarah Dinasti Sui dari China menerangkan mengenai kewujudan kerajaan ini. Namun begitu, lokasi berdirinya Chi Ti diperdebatkan. Ia terletak sama ada di Kelantan, Pahang, Songkhla atau Patani. Bukti yang nyata ialah dimana apabila ekspidisi Cina ini berlayar dari Chi Tu ke Champa, mereka mengambil masa 10 hari, maka kerajaan ini mungkin terletak di Sungai Kelantan. Malahan, terdapat batu bersurat Buddhagupta yang ditemui di Kedah menerangkan tentang Raktamrtikka yang bermaksud Tanah Merah.

Kerajaan Chi Tu[sunting | sunting sumber]

Nama keluarga untuk golongan raja-raja Chi Tu ialah Chu-dan dan rajanya memakai gelaran Li-fo-duo-se. Menurut catatan Cina, Chi Tu merupakan keturunan orang Mon-Khmer atau kit mow dalam Bahasa Cina. Mereka berlayar dari Funan dan menapak di Semenanjung Melayu.

Kerajaan Chi Tu bersama-sama dengan Langkasuka di Kedah merupakan pusat perdagangan utama di Asia Tenggara. Ketika zaman ini pedagang Cina dan Funan berlayar ke Semenanjung Melayu untuk berdagang. Mereka menggunakan penduduk tempatan untuk membawa dagangan mereka dari Chi Tu ke Langkasuka.

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]