Chiang Mai (wilayah)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 18°50′14″U 98°58′14″T / 18.83722°U 98.97056°T / 18.83722; 98.97056

เชียงใหม่
Chiang Mai
Peta Thailand menunjukkan Chiang Mai (wilayah)
Statistik
Keluasan (km²) 20,107.0
Jumlah penduduk 1,500,127 (tahun 2000)
Kepadatan (orang/km²) 75

Chiang Mai (Bahasa Thai Mengenai bunyi ini เชียงใหม่ ) adalah wilayah (changwat) kedua paling besar di Thailand yang terletak di bahagian utara negara tersebut. Wilayah-wilayah yang terdekat adalah (dari timur laut mengikut hala jam) adalah Chiang Rai, Lampang, Lamphun, Tak dan Mae Hong Son. Chiang Mai bersempadan dengan Myanmar di sebelah utara.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Kawasan Chiang Mai dipenuhi dengan gunung-ganang yang terletak menurut hala selatan-utara. Sungai Ping, salah satu anak sungai terbesar kepada Sungai Chao Phraya berpangkal di pergunungan Chiang Dao. Gunung tertinggi Thailand, Doi Inthanon, yang berukuran 2,575 meter, terletak di Chiang Mai. Wilayah ini juga memiliki beberapa taman negara seperti Doi Inthanon, Doi Suthep-Pui, Mae Ping, Sri Lanna, Huay Nam Dang, Mae Phang, Chiang Dao.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pratat Doi Suthep, sebuah kuil di Chiang Mai

Kota Chiang Mai pada suatu ketika merupakan ibu kota kerajaan Lanna selepas penubuhannya pada 1296. Pada 1599 kerajaan Lanna ditakluk oleh kerajaan Ayutthaya dan Chiang Mai diintegrasikan ke dalam kerajaan Thai.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Sebuah kedai di Bazar Malam

13.4% dari penduduk Chiang Mai adalah dari suku bangsa bukit seperti Orang Hmong, Orang Yao, Lahu, Lisu, Akha dan Orang Karen.

Simbol[sunting | sunting sumber]

Simbol wilayah Simbol wilayah Chiang Mai terdiri daripada seekor gajah putih di atas pentas gelas yang berbumbung. Gajah putih adalah lambang diraja Thailand, dan dipaparkan dalam simbol ini intuk mengingati peristiwa di mana Raja Rama II mempersembahkan seekor gajah putih kepada raja Chiang Mai. Pentas gelas yang berbumbung pula memberi makna bahawa agama Buddha mekar di Chiang Mai terutama sekali pada tahun 1477 di mana ajaran Buddha, Tripitaka dikaji semula.

Bunga dan pohon rasmi wilayah ini ialah Pokok Semarak Api (Butea monosperma).

Kawasan pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Peta Amphoe

Chiang Mai dibahagikan keapada 22 buah daerah (Amphoe) dan 2 daerah kecil (King Amphoe). Daerah-daerah ini pula dibahagikan kepada 204 kawasan umum (tambon) dan 1915 buah kampung (muban).

Amphoe King Amphoe
  1. Mueang Chiang Mai
  2. Chom Thong
  3. Mae Chaem
  4. Chiang Dao
  5. Doi Saket
  6. Mae Taeng
  7. Mae Rim
  8. Samoeng
  9. Fang
  10. Mae Ai
  11. Phrao
  1. San Pa Tong
  2. San Kamphaeng
  3. San Sai
  4. Hang Dong
  5. Hot
  6. Doi Tao
  7. Omkoi
  8. Saraphi
  9. Wiang Haeng
  10. Chai Prakan
  11. Mae Wang
  1. Mae On
  2. Doi Lo

Pautan luar[sunting | sunting sumber]