China Shipping Group

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sebuah kapal kontena CSCL, CSCL Europe.

China Shipping (Group) Company ialah sebuah konglomerat pengangkutan di bawah pentadbiran langsung Majlis Negara Republik Rakyat China dan ibu pejabatnya terletak di Shanghai.

Aktiviti perniagaannya merangkumi perkapalan kapal tangki, kapal penumpang dan kapal kontena. Perniagaan lain yang berkaitan termasuklah pengurusan kapal dan terminal, kewangan dan pelaburan, kejuruteraan, sumber manusia, perdagangan dan teknologi maklumat.

China Shipping Container Lines (CSCL)[sunting | sunting sumber]

China Shipping Container Lines (CSCL) ialah sebuah anak syarikat China Shipping Group.

CSCL yang ditubuhkan pada tahun 1997, menyediakan perkhidmatan pengangkutan kontena, penyimpanan, dan pertukaran data elektronik di seluruh dunia. Syarikat ini telah berkembang dengan pesat, dan kini disenaraikan sebagai syarikat perkapalan kelapan terbesar di dunia. Dengan armada kapal kontena moden sehingga 123 buah, jumlah keseluruhan kapasiti operasi syarikat ini ialah 290,460 TEU. Syarikat ini beroperasi di kebanyakan pelabuhan utama di dunia, dan lebih dari 30 pelabuhan di sepanjang pantai tanah besar China dalam aktiviti perdagangan pesisir domestiknya.

Syarikat ini juga mengoperasikan laman kontena dan trak, agensi kargo antarabangsa dan kemudahan terminal di banyak negara.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]