Chinese Cinderella

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Chinese Cinderella
Edisi Puffin 1999
Umum
PengarangAdeline Yeh Mah
NegaraChina
BahasaBahasa Inggeris dan Cina
SiriFalling Leaves
Genrebuku novel otobiografi
Penerbitan
PenerbitDelacourte Press
Diterbitkan dalam bahasa Inggeris
1999
Jenis media
Cetak (hardback, paperback)
Halaman233
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN ISBN 0385227072 Invalid ISBN
Kronologi
Chinese Cinderella and the Secret Dragon Society

Chinese Cinderella (bahasa Melayu: Cinderella Cina) merupakan sebuah buku novel ditulis oleh penulis Adeline Yen Mah yang menjelaskan pengalamannya sewaktu membesar di China pada zaman Perang Dunia Kedua. Buku ini diterbitkan pada 1999 dan adalah sebuah versi ulang kaji pada sebahagian dari otobiografinya, Falling Leaves.

Ringkasan bab[sunting | sunting sumber]

Cerita ini mengambil tempat di China sewaktu Perang Dunia Kedua. Adeline Yeh Mah, Yen Jun-ling dalam Bahasa Cina, dilahirkan pada sebuah keluarga berkuasa di Tianjin. Kematian ibunya selepas dua minggu disebab kelahirannya membawa keluarganya untuk memikir bahawa dia adalah sumber nasib buruk. Untuk alasan ini, dia dilayan teruk dan dineglect oleh ayahnya dan keempat adik-beradiknya, kakak besar Lydia (Jun-Pei) dan tiga adik-beradik lelaki, Gregory, Edgar dan James. Ayahnya mengahwini isteri barunya Jeanne Prosperi, 14 tahun lebih muda daripadanya, yang mempunyai seorang ayah Perancis dan ibu Cina. Kelima-lima anak-anak oleh isteri pertama disuruh memanggilnya 'Niang' (yang bermakna 'ibu'). Setahun selepas perkahwinan itu, Nian melahirkan seorang anak lelaki, Franklin, yang diikuti oleh soerang anak perempuan, Susan. Ini membahagikan keluarga Yen ke dua taraf yang berbeza. Ayah, mak cik dan datuk nenek Adeline, dan sudah tentu, Niang dan kedua-dua anaknya, adalah taraf pertama; Adeline akhirnya menjadi taraf kedua. Keadaan semakin buruk apabila nenek Adeline meninggal dunia, kerana Niang menjadi puan besar keluarga. Hidup semakin dahsyat untuk kelima anak itu, walaupun datuk dan mak cik mereka cuba untuk menolong mereka.

Adeline sentiasa struggle untuk perhatian ayahnya, dan satu-satunya cara yang Adeline tahu adalah dengan belajar rajin dan dapatkan markah bagu. Dia dapat menjadi atas kelasnya dan ini berhasil: bapanya memujinya untuk kerajinannya. Tetapi ini juga menyebab adik-beradiknya untuk menjadi cemburu (kerana dia adalah seorang yang mendapatkan yang terkurang oleh ayahnya) dan menghinanya sering lagi. Oleh kerana perang, keluarga Yen mengembara ke Shanghai. Untuk sesetengah insiden, Adeline membuat Niang marah sebagai balas dendam untuk 'kesombongannya', dia mengirimkan Aeline ke sekolah asrama di seluruh China untuk memisahkannya dari mak cik dan datuknya yang tersayang. Salah satu sekolah itu adalah di Tianjin, tempat asal Adeline, di mana perang telah bermula dan semua orang ingin melarikan diri. Nasibnya baik kerana dia 'diselamatkan' oleh mak ciknya ke Hong Kong, di mana keluarga berada. Niang adalah sangat kejam terhadapAdeline, membuatnya sentiasa merasa terasing. Anak-anak dari perkahwinan Joseph pertama dikenali sebagai 'yang lain' atau 'kesemua anda'. Pada satu kali Adeline dan adik-beradiknya cuba untuk mengeluh kepada ayah mereka mengenai kekejaman Niang dengan menulis sebuah surat dalam tulisan Cina. Percubaan mereka gagal apabila Niang mendengarkan plot mereka secara sulit dan membayar Lydia untuk memasuki taraf atas. (Lydia, kakaknya, mempunyai gaya tulisan "dewasa" yang terlicin, oleh itu rancangan mereka gagal tanpanya.)

Dalam sekolah asrama Hong Kong, Adeline, pada usia 14, menjadi seorang pemenang anugerah pertama dalam pertandingan tulisan antarabangsa. Bapa Adeline mengetahuinya apabila sahabat bisnesnya bertanya jika dia berkenaan dengan Adeline, pemenangnya, untuk alasan itu kedua mereka mempunyai nama keluarga 'yeh' (yen), yang tidak umum. Bapa Adeline sangat bangga dengannya, mengetahui kemahirannya dan mempercayai bahawa dia mempunyai kebolehan untuk belajar seperti adik-beradik lelakinya. Dia akhirnya membenarkan permintaan Adeline untuk belajar di England dan merancang untuk memasukinya dalam sekolah perubatan. Walaupun itu bukan kesusasteraan seperti Adeline inginkan, dia masih berbangga. Dia tidak pernah fikirkan bahawa bapanya akan mengirimkannya ke luar negara untuk menyambungkan pelajarannya daripada memaksanya ke dalam perkahwinan atur, seperti kakaknya. Adeline merasa sangat bangga dan pada saat ini, dia seperti Cinderella dalam cerita-cerita yang mempunyai kesusahan pada awalnya tetapi akhirnya mempunyai suatu 'penamatan yang bahagia'.

Penerimaan Kritikal[sunting | sunting sumber]

Chinese Cinderella telah dikaji semula oleh Publishers Weekly kerana: "...Penulis reka semula waktu-waktu kekejaman dan kejayaan secara sangat meyakinkan bahawa para pembaca akan merasa hampir seperti mereka berada dalam bilik bersamanya. Dia tidak pernah veer dari sensibility seorang kanak-kanak; kanak-kanak itu dalam muka surat ini jarang menghakimkan tindakan pada mereka yang berada di sekitarnya, pada dasarnya dia susah hidup. Mah secara mudahnya weave perincian kehidupan keluarganya bersamaan dengan tradisi China (contohnya, bound feet) neneknya dan perubahan sepanjang tahun-tahun perang dan ambil alih Komunis yang seterusnya. Memoir ini susah untuk dipulakan..."

Adaptasi radio[sunting | sunting sumber]

Pada 2006 buku itu telah diserapkan untuk BBC Radio 7. Ia dihasilkan dalam sepuluh episod. Adaptasi ini dilakukan oleh Ivan Jones dan disiarkan di The Big Toe Radio Show.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]